INFO SOLAT : Wajib Baca!!! Kesilapan Meletak Jari Kaki Ketika Sujud Dalam Solat... Fahami Betul Kalau Tak Mahu Solat Anda Tidak Sah SEUMUR HIDUP!!! KONGSIKAN YA..

Ambil seminit baca artikel ni , manalah tahu solat kita yang dah berpuluh tahun itu kalau kita persembahkan di depan Allah nanti, Allah campakkan ia balik ke muka kita kerana ia tidak sah. :(


WAJIB BACA - Kesilapan meletak jari kaki ketika sujud dalam solat
Topik hari ini: Kesilapan meletak jari kaki ketika sujud dalam solat

Perasan atau tidak ketika sujud dalam solat ada bermacam cara meletak atau menyusun jari kaki kita di lantai. Ada yang letak di hujung kuku, ada yang bersilang dan bermacam-macam lagi.Pada kali ini jom kita tengok bagaimana kedudukan sebenar jari kaki kita ketika sujud.

Kedudukan yang betul ialah dengan melipat hujung jari kaki sehingga perut jari kaki itu dirasa menyentuh ke bumi. Sekurang-kurangnya ialah dengan satu jari kaki yang betul kedudukannya( pada kedua-dua belah kaki). Jika jari kaki tidak dillipat, tidak diletakkan dengan betul, solat kita boleh menjadi batal kerana ia merupakan anggota wajib yang 7. Justeru bagi mereka yang boleh meletakkan jari kaki dengan betul, hendaklah melakukannya dan bagi mereka yang mungkin sudah berusia dan sukar melipat jari kaki, lakukanlah sekadar kemampuan.

Soalan: Kalau macam ini cara sebenarnya jadi selama ini tak sah lah solat saya?
Jawapan: Menurut Imam al-Nawawi Jika seseorang itu sengaja (tanpa uzur) tidak meletakkan perut hujung tapak jari kaki ketika sujud, maka tidak sah solatnya. Tetapi jika dia melakukan perbuatan tersebut disebabkan kejahilan dirinya atau keuzuran, maka solatnya diterima.