Dia sudah tidak kenal orang .. Julia perez kini bertarung nyawa kisah silam hantui diri nya (5Gambar)

Julia Perez seorang anak seni yang amat dikenali dengan penampilan dirinya yang sentiasa mengejutkan para peminat nya, apa yang dilakukan diri nya sentiasa menjadi perhatian.

Sehingga lah diri nya disahkan menghidap barah pangkal rahim, di situ bermula lah kehidupan suramnya, tiada lagi kehidupan yang mewah dan bergaya seperti sebelum ini.

Ini lah dugaan yang diterima dirinya namun dia masih diberi peluang untuk mengubah cara hidup nya di saat disahkan menghidap barah.

Beliau sempat menunaikan umrah bersama keluarga nya dan diberi kesempatan untuk menjalani hidup seperti insan biasa yang taat kepada agama walaupun berada dalam keadaan sakit.

Namun kisah silam hidupnya tetap menghantui diri nya sehingga lah ke hari ini di kala dirinya terlantar di rumah sakit melakukan segala rawatan yang termampu untuk menyembuhkan penyakitnya.




Portal Astro gempak melaporkan kondisi pelakon Julia Perez yang menghidap barah pangkal rahim tahap empat semakin membimbangkan selepas menjalani rawatan kemoterapi Isnin lalu.

Menurut adiknya, Nia Anggia tahap kesihatan Julia semakin lemah dan hanya terbaring di katil sejak seminggu yang lalu.

“Sebenarnya saya tidak mahu cerita mengenai kondisinya kerana saya yakin pasti ada keajaiban buat dia.

“Namun saya perlu akur kini keadaannya sudah lemah dan hanya tidur dan terbaring di atas katil sejak seminggu lalu,” katanya.

Selain tidak dapat bergerak melakukan aktiviti seperti biasa, Nia memberitahu kakaknya sudah mula tidak mengenali orang terdekatnya.

“Dia sudah tidak boleh bercakap normal. Malah sudah mula tidak mengenali beberapa orang sekelilingnya.


“Saya pun tak pasti sama ada ia adalah kesan atau pengaruh ubat yang diambil,” katanya lagi.