Padah Campur Minyak & Ubat Dalam Mee Maggi..Pelajar 14 Tahun PARAH Dibelasah 7 Pelajar Senior !!! Memang Tak Patut Pun...




BALING, KEDAH – Seorang pelajar tingkatan dua Maktab Rendah Sians Mara (MRSM) terlantar di hospital akibat pendarahan dalaman dan kerosakkan saluran pernafasan akibat dibelasah tujuh pelajar senior.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam, 5 Mac lalu, Adam, 14, dipukul beramai-ramai oleh sekumpulan pelajar tingkatan lima hanya kerana mee maggi.

Difahamkan, mangsa dan beberapa kawannya telah diarahkan memasak mee maggi milik mereka sendiri untuk pelajar senior. Berang dengan tindakan pelajar senior yang dilaporkan kerap mengambil hak mereka, mee maggi yang dimasak, dicampurkan dengan minyak cap kapak, ubat gatal, deodorant dan ubat kumur.

Menyedari mee maggi yang dimasak itu dicemari, lalu dibuang ke dalam tong sampah dan disuruh masak mee maggi yang baru. Mangsa-mangsa buli juga diarahkan untuk makan mee maggi yang telah dibuang dalam tong sampah.

Mangsa yang dipercayai enggan berbuat demikian menyebabkan sekumpulan tujuh pelajar senior yang terlibat membelasahnya bertubi-tubi. Difahamkan, para pelajar junior kerap dibuli dengan mengarahkan mereka masak mee maggi untuk pelajar senior sekitar jam 2-3 pagi.

Bapa saudara mangsa, Azali Hidzir, berkata, anak saudaranya yang masih trauma dengan kejadian itu terpaksa dibedah di bahagian perut bagi mencari punca pendarahan.



“Bagaimana kejadian ini boleh berlaku di sekolah yang mempunyai rangking atau status sekolah yang bagus? Apakah atau bagaimanakah pemantauan pihak sekolah dalam menangani perkara-perkara seperti ini berlaku?” soalnya.

Azali turut dimaklumkan bahawa salah seorang pelajar yang terlibat dalam kejadian buli itu mempunyai rekod empat kali bertukar sekolah kerana kes yang sama, pernah dilakukan di sekolah terdahulu.

“Mengapa pihak MARA boleh membenarkan pelajar-pelajar yang mempunyai rekod sebegini meneruskan persekolahan? Malah boleh bertukar-tukar dari satu MRSM ke MRSM lain?

“Bagaimana pula pihak MARA menilai dari segi kualiti pelajar-pelajar mereka sebelum diterima masuk ke sekolah-sekolah ini?” soalnya lagi.

Azali menegaskan keluarga mangsa tidak akan mendiamkan diri dan akan memastikan sekumpulan pelajar yang terlibat dibawa ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman setimpal. Akibat dari kejadian itu, sesi persekolahan mangsa terjejas, malah segala aktiviti sukan yang digemarinya juga tidak boleh dilakukan.

Difahamkan juga, keluarga mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan kes kini sedang disiasat. “Saya harap anak saudara saya kembali pulih seperti sedia kala dan dapat menjalani sesi persekolahannya.

“Adik-adik sekalian yang masih bersekolah, terutamanya sekolah yang bagus-bagus, Allah berikan otak yang bijak itu, fikirlah. Jangan jejaskan masa depan anda dengan perbuatan yang sia-sia ini.

“Jangan menyusahkan mak ayah dan orang lain,” katanya.
Sumber : Azali Hidzir