Nak Beli Rantai Emas Tapi Suami X Bagi, Aku ‘Curi Duit’ Suami. Bila Dia Tahu, Tindakkan Dia Buat Aku TERKEJUT !!! Tak Sangkanya...


Assalamualaikum…Saya dah berkahwin 12 tahun kahwin muda masa umur 16 tahun sekarang umur dah 28. Alhamdulillah suami baik. Cuma nak kongsi cerita dengan semua yang 3 tahun lepas saya ada nyatakan yang saya nak suami hadiahkan saya rantai emas yang harga 7k. Suami buat tak tahu je, geram pun ade.

lepastu saya rancang nak beli sendiri tapi masalahnya saya takde kerja. bila suami bagi duit belanja lepas saya bayar bil, beli barang keperluan rumah, semua dah ada duit lebih ada 1 atau 2 ratus saya curi-curi simpan. saya juga pelihara ayam dan tanam sayur jadi dengan ayam dan sayur itu saya sudah boleh berjimat.

3 tahun saya kumpul duit akhirnya dapat juga beli rantai emas tanpa pengetahuan suami, lepas dah beli saya tunjuk kat suami yg saya dah beli emas yang harga 6k. suami terkejut dari mana saya dapat duit, saya cakap duit tu saya curi, sempatlah suami marah sebab saya mencuri, dia tanya saya curi duit siapa? Saya cakap saya curi duit suami saya sendiri,

lepastu saya cerita dari A sampai Z.. fuhh nasib baik suami tak marah..

Dan yang paling buat saya gembira rupanya suami saya dah belikan saya rantai emas yang harga 7k tu, kesian sangat rupanya dia kerja overtime rupanya semata-mata nak belikan emas tu. Ya Allah terharunya saya. dia beli awal tapi nak hadiahkan untuk saya bulan 11 nanti sempena harijadi saya.

tapi katanya malas dah nak simpan-simpan sebab saya pun dah beli rantai juga, masa tu dia tunjuk ya Allah baiknya suamiku.. oleh kerana sekarang ada dua rantai emas, yang saya beli tu saya bagi dengan anak perempuan saya. Kredit:-KRT