Kisah Tangan Di Cengkam Pada Jam 2 Pagi Di Hospital. Tangan Mengajak Utk Pergi Ke.. SERAM !!! Berani Nak Baca... Jom..


Nama aku Nurul. Nurul apa haaaa yg pernah dengaq cerita aku tahula sapa aku noh hehehehe. Dah nak masuk dua tahun cerita ni. Bila ingat seram sendiri.

Cerita ni masa aku mengandungkan kelahiran pertama sebab apa kelahiran pertama? Sebab twins. Cerita ni jadi masa aku alah teruk dan kena tahan wad kes nak p buat buku merah. Tapi aku hyprem n kencing kotoq keadaan memang teruk, so doktor cadangkan aku stay la kat wad.


First time weh masuk wad sepanjang 24 tahun hidup. Masa tu 24 tahun la. Aku pun tak pikiaq apa dah, janji aku sihat boleh makan macam besa. Malam pertama aku kat wad, depa drip ayaq ja masuk badan. Memang bercampur baur perasaan, nak muntah nak pengsan ada sebab lapaq. Dan malam pertama tu aku terbaring ja.

Dengan katil hangat, kipas tala ke katil sebelah. Haaaaa situasi katil aku masa tu, depan katil aku ada orang, belah kanan katil aku kosong. Seberang tu ada orang, sebelah kiri tingkap dan kipas betoi2 atas kepala so angin tak sampai ke aku terpaksa tarik langsir nak bagi pantul balik angin hahahahhaa. Belakang katil aku depa letak katil2 dan baby cot yang dah tak guna. Kira aku dok hujung sekali jauh dari pintu masuk dan kaunter nurse duduk.

Malam tu memang hangat badan rasa, dengan aku tak dapat p solat sebab betoi2 tak larat. Padahai aku boleh ja amik ayaq semayang dan solat. Tapi tak tahula mungkin badan terlalu lemah sebab aku tak makan apa-apa dari pagi. Pukul 10 aku start tanya nurse dah bila depa tutup lampu sebab aku memang susah tidoq dengan cahaya terang kebetulan lampu atas kepala aku lagi la susah lena. Tapi tah macam mana aku terlena pulak lepas nurse dok buat rondaan. Then….

“Adik boleh teman akak p toilet tak? Akak takot”, ada satu tangan macam berapi tapi sejuk weh tangan tu sentuh pergelangan tangan aku. Aku jawab, “kenapa ajak saya? Saya tak larat”. ‘Kakak’ tu kata lagi “akak sejuk sangat adik. Akak nak p toilet.

Jomlah teman”, sambil cengkam tangan aku. Aku masa tu cuba pandang muka dia tapi kepala aku berat sangat, tak dapat tengok langsung. Baguih pun kalau dak mau jadi apa kat aku ajet berani sangat hahahaha. Aku jawab last, “tak mau teman saya ngantuk ni. P ajak org lain”.

Tetiba aku tersentak dan terjaga. Aku tengok keliling lampu dah suram-suram dan nurse pakat dok kat kaunter depa ada yang lena-lena ayam ada yang dok wat kerja. Tengok phone dah pukul 2 pagi. Terus istighfar panjang. Sapala ‘kakak’ tu noh. Awat tangan dia macam tu, sambil menyumpah gak sebab aku dahla tak larat.

Dan baru teringat dari pagi aku tak mandi sampai ke malam. Lemah betoi jasad aku masa tu. Roh aku pun gagah melayang ke lain huhhu. Terpikir gak, mesti hantu penakot kan. Eh tak taw la hantu ka apa. Tapi penakut nak berteman. Aku baca ayat kursi sambung lena balik lepas 10 minit (aku memang mudah lena. Hampa buang luaq pun tak sedaq) hehehehe.

Esok tu aku mintak tukaq katil sebelah. Tapi aku cek lengan aku ada sikit kesan lebam tempat akak tu pegang. Alhamdulillah tak panas dan lena tidoq aku lepas tukaq katil. Ni mesti ada yang ingat kisah aku ni kat wad bersalin.

Dun worry bukan wad bersalin nah. Wad yang ada perempuan ja dalam tu, dan memang wad lama. Pengalaman paling berharga, tapi aku boleh berani jawab sebab aku dah biasa kena kacau macam tu. Cuma tu first time aku berdialog. Selalu nampak dan rasa ja. Kalau aku sebut nombor katil, mau pakat takot kat nombor katil macam tu.

Apa pun nasihat aku, bila badan tak kuat banyakkan baca ayat-ayat perlindung diri dan jangan lupa solat. Moga Allah lindung kita dari gangguan jin dan syaitan.

Salam sayang dan ikhlas bercerita dan takkan pernah lupa pada ‘kakak’ ni sebab penangan dia
sangatlah hebat.-FiksyenShasha