KEJAM! “Saya Pelik Mak Tak Bangun2 Lagi. Saya Dah Siap Semua Untuk Ke Sekolah. Rupa-Rupanya …” !!! Ini Yang Terjadi...


Seorang pembantu peniaga pasar di sini ditemui mati dengan terdapat kesan luka di belakang badannya dipercayai dibunuh di bilik tidur tingkat atas kediamannya di Taman Dato Lew Yap Sip, Ampang di sini awal pagi Isnin.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Hamidah Abdul Rahman, 53, ditemui anak perempuan bongsunya Noor Shairah Hussin, 17.

“Saya pelik mak saya tak bangun lagi. Selalu dia bangun 4.30 pagi. Saya dah siap-siap nak pergi sekolah kira-kira pukul 5.30, tapi tengok mak tak bangun lagi. “Saya naik atas ingat nak kejut mak, tapi tengok mak dalam keadaan meniarap atas katil dan terdapat kesan terbakar pada kerusi meja solek dan langsir biliknya,” katanya kepada Bernama di rumahnya.

Menurut Noor Shairah, ibunya dipercayai pulang ke rumah tengah malam tadi selepas keluar untuk berjumpa rakannya pada pukul 8 malam. “Tapi saya tengok beg tangan mak saya dah hilang termasuk beg dompet yang mengandungi kad pengenalan saya. Kali terakhir saya jumpa mak pada pukul 6.30 petang semalam, mak buatkan makanan untuk saya,” katanya.

Difahamkan mangsa baharu saja bertunang dengan seorang anggota polis berpangkat koperal yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada Khamis lepas dan merancang melangsungkan perkahwinan pada Mei depan.

Sumber: KakiShare