Kau nazak sayang hanya Allah tahu hati mummy .. Anak Azharina kritikal (5Gambar)...Mari Sama-sama Doakan Anak Ini...


KUALA LUMPUR :  Anak angkat kepada penyanyi Azharina Azhar yang berusia 23 hari, Rizkie Azharin Azhar berada dalam keadaan kritikal hari ini akibat pelbagai komplikasi organ dalaman.
Menerusi laman Instagram penyanyi itu juga, Azharina, 32, memberitahu anaknya kini sedang bergantung sepenuhnya kepada mesin oksigen untuk meneruskan hidup.
“Paru-paru sudah penuh susu, pendarahan otak, buah pinggang kiri dan kanan sudah rosak.



“Memang kalau hidup akan terseksa dan tidak normal,” itu antara butiran kapsyen yang dimuat naik Azharina kira-kira satu jam yang lalu.
Mengulas lebih lanjut keadaan anaknya itu kata penyanyi yang popular melalui lagu Elegi Sepi ini, anaknya kini berada dalam wad Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU) di Hospital Putrajaya.
Sementara itu Azharina sebelum ini memberitahu Rizkie Azharin merupakan anak kepada kenalannya yang dilahirkan dalam keadaan pra-matang pada 5 Mac lalu.
Selain Rizkie, Azharina juga turut mempunyai seorang lagi anak angkat lelaki bernama Rahmad yang kini berusia dua tahun.

sumber : Beritasayu

Post a Comment

[blogger]

MARI themes

Powered by Blogger.