INFO PENTING !!! Lelaki Ini Kongsikan Mengapa Sebab Ramai Tak Dapat BR1M Kerana SSM, Dan Cara Buat Rayuan Untuk Lulus BRIM


Hari ini kecoh apabila kegagalan dapat BRIM menjadi bualan dan topik hangat di media sosial.

Dikhabarkan pelbagai alasan yang meraka terima punca BRIM gagal diluluskan oleh kerajaan. 

Antaranya yang paling tinggi dikongsikan di media sosial adalah pengesahan pendaftaran SSM.


Ramai rasa tidak berpuas hati mengapa mereka gagal menerima BRIM sedangkan tahun-tahun sebelumnya meraka layak menerima BRIM adakah ini kerana meraka mendaftar SSM sehingga permohonan mereka ditolak, ada yang bercadang supaya pergi ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk merujuk mengenai perkara ini.

Berikut adalah perkongsian dari Ayie Lantana apabila dia sendiri mengambil keputusan menjejak kaki ke pejabat LHDN untuk mengetahui apa jawapan yang diperolehi dari pihak staf pejabat LHDN. Korang semua boleh ke pejabat LHDN dan buat rayuan.


Semoga berjaya...Aamiin




Saya baru keluar dr LHDN cawangan. info yang saya peroleh walaupun saya bukan penerima BRIM

1. Yang tidak layak, tidak kiralah apea sebabnya, boleh kemuka rayuan bermula 3 April - 31 Mei 2017

2. Kenapa pemohon yang memiliki SSM perlu kemukan dokument perniagaan? Kerana tujuan kerajaan beri BRIM adalah utk golongan pendapatan rendah, ada peniaga yang kaya raya dapat BRIM hanya kerana mereka tidak membuat potongan kwsp dan tidak membayar cukai, kerajaan tidak dapat kesan pendapatan mereka dan mereka masih terima BRIM. Pemilik SSM yg berniaga kecil-kecilan boleh buat rayuan dengan kemukan dokumen berkaitan bermula tarikh seperti di atas.

3. Masalah-masalah lain. 
Contoh 1 : perlu kemuka sijil pengesahan perkahwinan : ada kes pasangan sudah bercerai tapi suami masih dapat BRIM RM1050, sepatutnye dapat RM450 sahaja, ini mengakibatkan bekas isteri gagal dapat BRIM kerana tidak update dalam sistem ( ini pembelaan kepada hak wanita ) dan kepada yang ada masalah ini boleh kemukan rayuan dan bukti di LHDN seperti tarikh di atas.


Contoh 2 : tiada pengesahan berhenti belajar
Mahasiswa yg dpt baucer buku RM250 perlu kemuka dokument tamat belajar untuk layak dapat Brim orang bujang RM450 ( untung RM200 ), pergi ke LHDN bermula tarikh seperti di atas.

Contoh 3 : nama anda tersenarai dalam tanggungan pemohon lain
Yang ni semak sendiri, kalau aayah kita dapat, makea sure dalam permohonan ayah kita, kita tiada dalam tanggungan jika kita bekerja sendiri.

Dokument2 yang berkaitan akan dimaklumkan oleh LHDN selepas mendapat taklimat dari MOF, dan bila dah jelas nanti LHDN akan maklum utk kemudahan pemohon.

Setakat ni dlu sy taip, lenguh panjang2 dan saya rasa korang tak baca sangat pon. Hahaha.. yg penting ingat fakta! Rayuan bermula 3 April - 31 Mei 2017 dan bawa dokument berkaitan!.. Bersabarlah semua, rezki rahsia Allah..

# Boleh Share Jika Perlu..Semoga BRIM milik anda tahun ni..aaminn.