Cemas Di Tepi Highway ! Baru Kematian Ibu Mertuanya,Lelaki Ini Diuji Pula Apabila Isterinya Yang… Kesian Kat Mamat Nie...


Alor Setar: Seorang suami cemas apabila isterinya sakit hendak bersalin ketika dia menunggu bantuan selepas tayar Proton Wira mereka pancit di tepi Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur keluar Pendang, dekat sini, hari ini.

Mohd Akhbar Naim, 23, berkata, ketika kejadian jam 12 tengah hari itu, dia dan isteri, Nor Hidayah Ahmad Tahir, 22, dalam perjalanan dari Sungai Petani menuju ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk menziarah jenazah ibunya yang meninggal dunia akibat sakit jantung.

Katanya, malangnya tayar kereta pancit menyebabkan dia terpaksa menunggu bantuan peronda PLUS. “Ketika menunggu bantuan tiba, isteri mengadu sakit hendak bersalin menyebabkan saya panik dan sekali lagi menghubungi pihak PLUS untuk meminta bantuan kerana bimbang dia bersalin dalam kereta,” katanya.

Menurutnya, tidak lama kemudian, jururawat dari klinik berhampiran bergegas ke lokasi dari arah Plaza Tol Alor Setar Selatan untuk memberi bantuan kepada isterinya.

“Alhamdulillah isteri saya dibawa ke HSB dan selamat melahirkan bayi jam 4.30 petang tadi,” katanya.-HarianMetro