Sayu : Ustaz Fazli dijemput ajal ketika mencari rezeki .. Teksi di pandunya terlibat kemalangan dia maut (12Gambar)

SEPANG : Ahmad Fazli maut apabila teksi limo yang dipandu nya merempuh belakang treler di lebuhraya Elite  menuju Nilai.
Arwah seorang yang sangat baik disenangi rakan-rakan dipanggil dengan panggilan mesra " Ustaz Fazli " dikalangan sahabat-sahabat arwah.
Arwah maut dalam mencari rezeki buat keluarga nya arwah meninggalkan seorang isteri dan 5 orang anak.
Bernama melaporkan pemandu teksi Limo maut manakala penumpangnya seorang anggota polis cedera parah setelah kenderaan terbabit merempuh belakang treler muatan baja di KM32.4 Lebuhraya Elite ke arah Nilai di sini, malam Selasa.











Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata pemandu teksi Limo berkenaan Ahmad Fazli Mohd Junid, 38, dari Shah Alam meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira 11.40 malam.
Penumpang teksi Limo itu Nelson Katinggang, 22, dari Tenom, Sabah yang merupakan anggota polis berpangkat Konstabel di Balai Polis Jalan Campbell Ibu Pejabat Daerah Seremban cedera parah di bahagian leher dan rahang.
Abdul Aziz berkata ketika kemalangan, teksi Limo berkenaan dalam perjalanan ke Seremban dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Siasatan awal polis mendapati keadaan cuaca adalah baik namun keadaan jalan agak mendaki dan gelap," katanya.
Nelson kini mendapat rawatan di Hospital Seremban manakala mayat pemandu  berkenaan dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat, katanya.
Abdul Aziz berkata pemandu treler, berusia 40 tahun, tidak mengalami kecederaan dalam insiden itu dan polis telah merakam percakapannya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. 
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata pihaknya yang menerima panggilan orang awam bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan mayat mangsa.