Sayu : Selamat tinggal sayang .. Mama tak sangka ini konvoi terakhir kita sayang (12Gambar)

Hatyai : Nor Syakila Burhanuddin tidak sangka bahawa ini adalah konvoi terakhir arwah suami bersama nya apabila suami nya temui ajal dan dia cedera apabila terlibat dalam kemalangan di Hatyai Thailand.
Pada tahun lalu arwah suami dan diri nya juga berkonvoi ke Thailand, kini semua nya tinggal kenangan apabila suami nya telah dijemput ilahi akibat impak kemalangan itu, Nor Syakila kini bertarung nyawa di hospital akibat kemalangan terbabit.
Harian metro melaporkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi warga Malaysia maut manakala isterinya cedera parah dalam kemalangan di sini, hari ini.










Pegawai siasatan Balai Polis Hatyai Kapt Thirathat Thammarat berkata, kejadian pada 9.30 pagi (waktu tempatan) di Jalan Khancanawanit mengorbankan Jaafary Jaafar, 48, berasal dari Johor.
Isterinya yang cedera parah dalam kemalangan itu dikenali sebagai Nor Syakila Burhanuddin, 45, dari Johor dan merupakan pembonceng motosikal malang itu.
"Warga Malaysia itu peserta dalam konvoi 10 rakyat negara itu menaiki lima buah motosikal dalam perjalanan pulang ke negara asal mereka selepas bercuti di Thailand," katanya di sini, hari ini.
Menurutnya, tiba di persimpangan jalan, motosikal mangsa merempuh sebuah motosikal dinaiki warga Thailand yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan.
Beliau berkata, penunggang motosikal warga Thailand itu mengalami kecederaan parah dan akan disiasat polis apabila keadaan kesihatannya mengizinkan.-Harian Metro
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan