Sayu : Sakratul maut menjemput mu .. disaat aku menanti ijabkabul kita sayang (4Gambar)

Palembang: Bakal isteri menunggu untuk dinikahkan, tetapi si lelaki tidak kunjung tiba. Khabar duka akhirnya diterima Miftahul Jannah apabila bakal suaminya Windi Kelvin ditemui meninggal dunia di rumahnya, di sini, pagi kelmarin.
Pada hari itu pasangan berkenaan sepatutnya menjadi raja sehari tetapi jodoh mereka dipisahkan oleh ajal.
Miftahul dan keluarganya menanti dengan penuh ceria kehadiran Windi, namun lelaki itu tidak muncul-muncul.
Kesudahannya, keluarga Miftahul ke kediaman Windi dan apabila tiba panggilan tidak berjawab.
Pintu dipecahkan dan apabila ke bilik Windi, pemuda itu ditemui tidak sedarkan diri di atas katil dan kemudian didapati sudah meninggal dunia.


Bapa angkat Windi, Norman, 50, berkata, mayat anak angkatnya itu dibawa dibawa ke Rumah Sakit Bhayangkara, di sini.
“Malam sebelum akad nikahnya, Windi masih sempat berkumpul dengan jiran.
Bagaimanapun, dia tidak menunjukkan tanda-tanda sakit teruk,” katanya.
Menurut Norman, anak angkatnya itu memeluk Islam beberapa tahun lalu
“Dia pemuda yang ramah dan mudah bergaul,” katanya.
Windi bekerja sebagai kakitangan pemasaran jentera berat di Jalan Kolonel H Barlian, Kilometer 9, di sini.
Keluarga Windi tinggal di Pemalang, Jawa Tengah.
Sementara itu, Kapolsek Sukarame Kompol Achmad Akbar berkata, kematian Windi tiada unsur jenayah.
“Di tubuhnya tidak ada luka dan barang di rumahnya juga tidak ada yang hilang atau rosak. Bagaimanapun kita masih menunggu hasil bedah siasat,” katanya. Al fatihah 
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment