Sayu : Maut lemas tersembam dalam longkang ... 2 remaja ini maut tragis dilokasi berbeza (5Gambar)

PARIT BUNTAR : Sungguh tragis apa yang berlaku kepada pelajar sekolah ini dan seorang lagi remaja mereka maut lemas di dalam parit atau longkang apabila motosikal yang dinaiki mereka masing terbabas kedalam parit yang dipenuhi air yang menyebabkan mereka lemas.
Malang tidak berbau buat seorang pelajar sekolah agama dan seorang pemuda apabila kedua-dua maut setelah motosikal dinaiki terbabas masuk ke dalam parit di dua kejadian berasingan, pagi ini.
Dalam kejadian pertama, seorang mangsa, Kamarulnizam Mohd Radzi, 14, yang merupakan pelajar sebuah sekolah agama di sini maut di lokasi kejadian di Parit 1, Kampung Kedah setelah motosikal ditunggang terbabas dan mangsa tercampak ke dalam parit lebih kurang jam 6.40 pagi.



Sementara seorang lagi mangsa,Zulkifly Zakariya berusia lingkungan 20an dan berasal dari Nibong Tebal, Pulau Pinang, ditemui maut dalam keadaan tersembam di dalam parit di Kampung Sungai Kota, di sini dan ditemui orang awam pada jam lebih kurang 7.30 pagi tadi.
Mayat Zulkifly dipercayai berada di dalam parit di lokasi kejadian setelah motosikal dinaiki terbabas dalam parit lewat malam semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob mengesahkan kejadian dan menegaskan siasatan masih dijalankan. Al fatihah