Sayu : Mak Mak Mak !!..Budak ditinggalkan ibu dalam bilik gelap yang kotor tanpa baju (2Gambar)


Tampin : Sedihnya kenapa lah tergamak ibu nya tinggalkan dirinya didalam bilik dari petang sampai kemalam dengan keadaan bilik kotor dan gelap dah tak ubah seperti memeliharan haiwan peliharaan.

Nasib tangisan nya didengari jika tidak tidak tahu apa nasib nya yang berada dalam ketakutan serta kelaparan didalam bilik tersebut.

Akhbar melaporkan tangisan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di sebuah rumah papan di Kampung Parit Buloh, di sini, merungkai kewujudannya yang tidak disedari masyarakat setempat lewat malam tadi.
Ketua Polis Daerah Tampin Superitendan Hamazah Ab Razak berkata, kira-kira jam 12.45 tengah malam, polis menerima aduan daripada penduduk yang terdengar kanak-kanak menangis di dalam rumah dalam keadaan gelap dan berkunci.

Menurutnya, polis segera ke lokasi dimaksudkan mendapati terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang tinggal bersendirian.

“Mangsa telah dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Tampin dan diberikan makanan serta minuman oleh anggota balai Air Kuning Selatan. Berdasarkan siasatan ibu mangsa telah meninggalkan anak bongsunya itu secara bersendirian sejak jam 6 petang lagi.

Apa yang berlaku menimbulkan kemarahan nitizen pada ibu mangsa yang disifat kan sungguh kejam pada zuriat sendiri, jika tidak dijumpai apa yang akan jadi pada anak kecil ini.