Sayu : Ingat ke seorang rupa nya berdua .. Molok dan isteri maut Rentung terbakar kemalangan (10Gambar)

KUALA LUMPUR : Sungguh tragis apa yang berlaku sangkaan awal hanya pemandu lori sahaja yang maut rentung apabila lori dipandu mangsa terlibat kemalangan,cerucuk konkrit menghempap kepala lori lalu terbakar.

Selepas megalihkan cerucuk konkrit terdapat seorang lagi mangsa disahkan rentung di dalam treler muatan cerucuk konkrit yang terbabas dan terbakar di Kilometer 8.8, Hentian Beranang Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), dekat sini hari ini.

Mangsa yang dikenali dengan nama Yana merupakan isteri kepada Molok, mengikut sahabat Yana tidak sangka kata-kata Yana bosan dengan hidup berakhir dengan tragedi yang sangat tragis.
" Terkejut dpat berita sahabatku Deq Yana dan suami Molok Zainal tlh kembali kerahmatullah kemalangan sebentar td....al fatihah xsngka kata2 ko yana bosan ngn hidup berakhir mcm ni tenanglahh kamu disana Aamiin...😭😭😭😭

 










Jurucakap bomba memberitahu, mangsa merupakan seorang wanita ditemukan rentung ketika operasi mengangkat muatan cerucuk konkrit dilakukan bagi mengeluarkan pemandu.

“Kren tiba di lokasi kira-kira pukul 1.57 petang dan telah mengangkat sebahagian daripada muatan yang menghempap kepala treler berkenaan.

“Kita mendapati terdapat dua mangsa iaitu Molok Zainal, 52 tahun yang juga pemandu dan seorang wanita.

Mangsa pertama dikeluarkan kira-kira pukul 4.20 petang manakala seorang lagi dikeluarkan kira-kira pukul 4.40 petang. Al fatihah 

Post a Comment

[blogger]

MARI themes

Powered by Blogger.