Sayu : Hanya tinggal kenangan .. Adiknya maut kaki berlipat ke dagu motosikalnya rempuh lori (6Gambar)

Parit : " BILA ALLAH TAKDIRKAN PERTEMUAN MESTI ADA SEBAB YANG TERSIMPAN . BILA ALLAH ATURKAN PERPISAHAN MESTI ADA SEBAB YANG ALLAH TETAPKAN . TAPI PINTALAH HATI YANG TABAH KERANA UJIAN ITU SENTIASA HADIR . innalillahi wainna ilaihi rajiuun . al-fatihah buat adik kesayangan akak doa kan adik tempat orang beriman amin .. Sayang selama nya adik mukmin nur ikram. - Sabrina Ernayuniee


Remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung lori selepas gagal memotong kenderaan di hadapannya di Kilometer 1 Jalan Bota Kiri - Tanjung Belanja, dekat sini pagi tadi.
Dalam kejadian 8.20 pagi itu,Mukmin Nur Ikram Hasrul Muhaimin,16 yang sudah tidak bersekolah menunggang motosikal jenis Honda maut di lokasi kejadian manakala pemandu lori berusia 62 tahun tidak cedera.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Aziz Hassan berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori berkenaan dalam perjalanan dari Tanjung Belanja menghala ke Kampung Gajah manakala motosikal ditunggang remaja berkenaan datang dari arah bertentangan.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian motosikal ditunggang mangsa secara tiba-tiba masuk ke laluan lori berkenaan untuk memotong kenderaan di hadapannya.
"Motosikal berkenaan bagaimanapun gagal memotong dan melanggar lori berkenaan.
"Akibat perlanggaran itu, mangsa parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Aziz berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.