Sayu : Gengaman terakhir buat suami tersayang .. Suami maut dua motosikal bertembung (8Gambar)

Teluk Intan : Suasana sayu dan pilu bila melihat seorang wanita di sisi jasad suaminya yang terbujur kaku pergi dijemput Ilahi apabila motosikal yang dinaiki arwah suaminya bertembung dengan sebuah motosikal awal pagi semalam.

Mangsa dikenali dengan nama Usop di kalangan rakan maut ditempat kejadian apabila motosikal mangsa bertembung dengan sebuah motosikal lain yang dinaiki pelajar lepasan spm yang juga maut dalam kemalangan terbabit.

Suasana hiba melihat isteri Ucop yang dikenali dengan nama Diela mengusap dan mengenggam erat tangan suami tercinta yang terbujur kaku pergi menghadap ilahi akibat kemalangan.






Iskandar mangsa ke 2

Dalam kejadian pukul 7 pagi itu kedua-dua mereka dipercayai bertembung sesama sendiri dalam satu kemalangan di Jalan Chenderong Balai Usop dan Iskandar maut ditempat kejadian impak kemalangan tersebut.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 7.15 pagi.
“Sejurus tiba di tempat kejadian, seorang daripada mereka tercampak ke tebing parit berhampiran sebelum dinaikkan oleh anggota dan diserahkan kepada pihak polis.
“Seorang lagi mangsa tercampak di atas jalan raya dan kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat, punca kejadian sebenar masih disiasat oleh pihak berwajib.
Arwah Ucop meninggal kan seorang isteri dan 2 anak, semoga isteri nya terus tabah dengan dugaan ini, salam takziah juga buat keluarga seorang lagi mangsa pelajar lepasan SPM Iskandar. Al fatihah
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment