Sayu : Berehatlah dengan tenang Wap .. kehilangan mu berakhir kesedihan (8Gambar)

GEORGETOWN : Seorang remaja ditemui maut setelah hilang kira-kira lima hari lalu berakhir kesedihan, kehilangan diri Asyraf atau lebih dikenali dengan nama "Wap " dikalangan rakan-rakan menimbulkan resah pada keluarga dan sahabat handai.

Sebelum ini satu laporan polis dibuat setelah mangsa berusia 24 tahun itu gagal dihubungi rakannya.

Laporan polis berkenaan kemudiannya menjadi viral di media sosial bagi membantu menjejaki mangsa.
Al-Fatihah buat arwah wap (Asyraf Amzah) semoga hang tenang & ditempatkan dikalangan org yg beriman kat sana wei - Nuraliah

Mari kita sedekah al fatihah buat rakan saya Asyraf Amzah...Mayat sudah dikenal pasti. Dia sudah meninggalkan kita. Yang mana ada gambar mayat beliau. Sila delete & stop share..Hormat perasaan family arwah.
Asyraf k.an doakan Hang tenang kat sana.. Antara percaya dgn tak je benda ni berlaku.. Hanya Allah S.w.t lebih mengetahui.


Alhamdullilah jenazah selamat dikebumikan. Semua berjalan dengan lancar. Harap Asyraf Amzah (wap) tenang dekat sana. Semoga wap ditempatkan golongan orang beriman. Amin ya rabb. Al-Fatihah




Melalui laporan tersebut, mangsa dilaporkan tidak berjaya dihubungi rakannya sejak Sabtu lalu.

Turut dilaporkan, kali terakhir salah seorang rakannya bertemu mangsa selepas makan di salah sebuah restoran nasi kandar di Jalan Macalister.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut, Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan lelaki yang dilaporkan hilang tersebut ditemui maut di dalam longkang berhampiran salah sebuah tapak pembinaan di Bukit Dumbar.

Menurutnya, sehingga kini kematian mangsa iaitu Asyraf Amzah diklasifikasikan sebagai kemalangan jalan raya.

"Pada jam jam lebih kurang 12 tengahari tadi kami menerima maklumat seorang lelaki ditemui di dalam longkang akibat kemalangan jalanraya.

"Siasatan awal dan dari maklumat yang diperolehi mendapati kemalangan berlaku pada 8 Januari lalu pada jam 4 pagi, kemalangan berlaku setelah motor yang ditunggang mangsa dari pekan Jelutong menghala ke arah Gelugor tidak dapat dikawal lalu terbabas ke dalam longkang berhampiran tempat kejadian.

"Mangsa didapati cedera parah dan meninggal di tempat kejadian," katanya, tambahnya lagi, mayat mangsa ditemui didalam longkang oleh seorang lelaki.

Mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat, Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan kepelbagaian kecederaan akibat kemalangan jalanraya.Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalanraya.
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment