Sayu : Aisya telah tiada setelah bertarung nyawa..Sebelum ini sahabat nya wani dijemput ilahi (4Gambar)

Jempol : Seorang lagi penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Lendu, Melaka, yang terbabit kemalangan di Kilometer 22, Jalan Bahau-Kemayan, berhampiran PLKN Debana, di sini, meninggal dunia malam tadi.
Ketua Polis Daerah Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa Wan Aisyarizan Azreen Wan Abdul Rashid, 21, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah, jam 10.15 malam.
Menurutnya, mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan akibat kecederaan parah di kepala dan badan.


"Mayat mangsa akan dibedah siasat pagi ini. Siasatan kes masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Dalam kejadian jam 6.10 petang kelmarin, kereta Proton Saga dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terjunam ke dalam parit menyebabkan rakannya Syazwani Izzati Kamarudin, 23, yang juga penumpang meninggal dunia di lokasi akibat lemas.
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan