Sayu : Suami dan isteri PUTUS kaki motosikal mereka dirempuh kereta (5Gambar)

Kuala Nerus : Pasangan suami isteri mengalami kecederaan parah hingga putus kaki selepas terlibat dalam kemalangan kereta dengan motosikal di Jambatan Sultan Mahmud menghala ke bandar raya Kuala Terengganu dekat Kampung Bukit Tunggal malam tadi.
Kejadian jam 10 malam itu berpunca daripada sebuah kereta Honda Civic yang pecah tayar dan mengakibatkannya hilang kawalan sebelum merempuh motosikal yang ditunggang mangsa dekat Caltex Bukit Tunggal.



Menurut sumber, pasangan yang tinggal di Gong Badak itu telah putus kaki kanan namun dilaporkan stabil selepas dirawat oleh pasukan perubatan sementara pemandu kereta cedera ringan.
Keadaan jalan yang gelap di sekitar kawasan sekitar sedikit menyukarkan penglihatan pemandu kenderaan.
Nahas itu menyebabkan jalan sesak buat seketika di sepanjang jambatan berkenaan. – Terengganu Times