Sayu : Selamat jalan sayang .. Dijemput ajal diselekoh Kawasaki Versys nya rempuh lori (8Gambar)

Jelebu : Azmi Sulaiman dari WRC yang kemalangan di jalan kuala klawang, selekoh Hotel Kuala Klawang, Kawasaki versys putih yang ditunggangnya berseorang gagal dikawal diselekoh tersebut lalu merempuh lori dari arah hadapan.

Harian Metro melaporkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas bertembung dengan lori pasir di Kilometer 33.4 Jalan Seremban-Simpang Pertang, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Jelebu Deputi Superintendan Othman Basri berkata, dalam kejadian jam 3.11 petang itu Azmi Sulaiman 41, menunggang motosikal jenis Kawasaki dari arah Kuala Klawang ke Simpang Pertang.






"Mangsa dipercayai terbabas masuk ke laluan bertentangan ketika melalui selekoh. Pemandu lori yang datang dari arah berkenaan cuba mengelak ke kiri tetapi dilanggar mangsa
"Kemalangan itu mengakibatkan cedera parah di kepala. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jelebu untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Al fatihah 
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan