Sayu : Selamat hari lahir sahabat salam takziah .. pergi mu dihari lahir mu dihari jumaat yang mulia (8Gambar)

Kuala Perlis : Seorang penunggang motosikal maut apabila terlibat dalam kemalangan di susur keluar ke Kuala Perlis tengahari tadi.

Mangsa yang dikenali dengan nama Zakie berasal dari Tanah Merah Kelantan dia dan rakan-rakan berkonvoi dari Tanah Merah menuju Pulau Langkawi.

Motosikal jenis Rxz di tunggang Zakie terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan dia maut ditempat kejadian disaksikan rakan-rakan konvoi nya.







Apa yang lebih memilukan hari ini 30.12.16 merupakan hari jadi arwah Zakie, rata-rata rakan dan sahabat handai arwah mengucapkan selamat hari jadi pada arwah dan salam takziah.

Pemergian Zakie diratapi sahabat-sahabat yang mengenali nya dia amat berminat dengan motosikal dan selalu menyertai group konvoi Rxz bersama rakan-rakannya.

Zakie pergi dijemput Ilahi di hari Jumaat yang mulia di hari lahir nya semoga roh arwah tenang di sana salam takziah buat isteri,anak serta keluarga semoga mereka tabah. Al fatihah.