Sayu : Rombongan UMRAH BERDARAH .. 2 anak maut kereta di pandu TERBABAS (6Gambar)

Maran : Tiada siapa boleh melawan kuasa yang maha esa kegembiraan pasangan guru suami isteri terhenti separuh jalan apabila 2 orang anak kesayangan maut dalam kemalangan yang menimpa mereka ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.
Hajat sepasang suami isteri untuk menunaikan umrah tidak kesampaian apabila perjalanan mereka ke ibu negara berakhir tragedi dengan dua anak mereka terkorban selepas Toyota Innova dinaiki terbabas dan merempuh sebatang pokok di Kilometer 143.3, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di sini kelmarin.
Nahas pada pukul 1.15 petang itu berlaku kira-kira tiga kilometer dari susur keluar di Plaza Tol Chenor.




Dua mangsa yang terbunuh ialah Afif Iman Hasmady, 16, dan adiknya, Safiy Daniel, 13.
Afif maut di tempat kejadian manakala Safiy meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (Hoshas).
Kedua-dua mangsa itu mengalami kecederaan parah selepas mereka tercampak keluar dari Innova yang dinaiki.
Empat lagi mangsa iaitu ibu bapa kepada kedua-dua beradik tersebut, Hasmady Che Mat, 44, dan isterinya, Mahani Muhammad, 43, masing-masing bekerja sebagai guru cedera dan dirawat di Hoshas sebelum dibenarkan pulang semalam.
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan