Sayu : Rehatlah dengan tenang SAYANG .. genaplah 7 hari anak mama PERGI susah MAMA nak lelapkan mata (4Gambar)

Setiap pasangan yang berkahwin semestinya mahukan zuriat untuk melengkapkan kehidupan berumahtangga, namun siapa sangka kebahagiaan itu cuma ‘dipinjamkan’ sekejap sahaja oleh Ilahi.
Sebak kami baca kisah yang dikongsi seorang ibu di laman Info Ibu Hamil ini, wanita ini diuji ujian yang paling berat di dalam hidup dimana kehilangan anak ketika anaknya masih bayi. Selama 23 hari anaknya bertarung melawan kesakitan akhirnya.
Genaplah 7 hari pemergian anak mama,malam ni terasa susah nak lelapkan mata , jika di waktu ini anak mama sentiasa di tengah tengah sama sama kita lelapkan mata rehat dan menunggu esok pagi nya ,tetapi sekarang hanya kosong mama rasa.bertabahlah aida,anak kau kini sedang tersenyum jauh 🙂


malm ni terasa dipanggil untuk kongsi pada semua yang tak henti henti menanyakan anak aku sakit ape ? knp tiba tiba ? masih terkejut dgn permegiannya . ya! aku sendiri ibunya masih tidak percaya tetapi inilah ,inilah yang harus kita percaya, redha..kuasa itu terletak pada yang Esa..

arwah tidak sakit ape ape pun, punca arwah di bawa ke zon kriktikal hanya lah "demam panas" . sehinggkan malam arwah di tahan ,aku dan suami di beritahu bahawa arwah harus di tahan di icu kerana arwah dalam keadaan yang lemah ,dan paru parunya dijangkiti kuman . dari sehari ke sehari dia tinggal di icu , aku dan suami makin tidak kuat melihat keadaannya yang mengayat hati , dengan bewayar wayar di badannya , dengan keadaan matanya berlinang airmata ,ya! aku dapat rasakan dia sakit ketika tu ,bertarung nyawa melawan sakit untuk berjumpa mama ,papa atok wan ,nenek dan semuanyaa , dari sehari ke sehari juga aku dan suami berikan kekuatan padanya , ayat yang selalu ku bisikkan padanya "kuat taw aira , mama rindu aira sgt2 , nanti aira sihat , kita balik rumah , mama bawak jalan hari2". di icu siapa sahaja yang melihat aku pasti memberi kata semangat ,tidak kira lah aku kenal atau tak kenal . aku hanya mampu tersenyum 🙂 .

selepas itu ,tiba lah hari yang ke berapa aku sendri tak pasti , dokter memanggil aku dan suami , tetapi aku tidak kuat ,aku mintak ayahku menemani dan bercakap dgn dokter , dokter terus buka cerita "keadaan anak awak sangat teruk ,paru parunya semakin teruk , saya harap mak dan ayah get ready untuk ape saja yang jadi" ketika tu aku sudah berlinang airmata dan aku katakan aku redha ape saja yang jd , esoknyaa arwah masih kuat dan melawan penyakitnyaa . sehinggakan aku sendri terkjut sedangkan dokter beritahu pada kami yang anak kami mmg dah takde harapan.

sehinggalah hari yang ke- 20 dokter ada memberitahu aku dan suami sehingga kini aku masih ingat ayatnya"anak awak sangat kuat , sangat sangat kuat , paru parunya "ajaib" .. aku terus menanya kenapa , dan dia kata "kalau ikutkan ramalan pakar disini dan pengalaman disini,semua baby yang mengalami masalah paru paru yg teruk macam anak awak mesti 3-4 hari dia dah pergi , tapi saya tengok anak awak memang dia lawan , dia kuat" .kami terus terdiam .

keesokkannya aku dan suami dipanggil lagi ,dokte masih cakap penafasannya masih sama, aku terus duduk di sebelah katilnya sambil membaca surrah yassin , selesai membaca , nurse yang ketika itu menjaga arwah ,terus dtg dekat dengan aku dan menanya ," awak , saya tanya ye , awak jujur taw , saya mintak maaf sebelum tu ,awak redha tak kalau anak awak pergi" aku terdiam dan terus menangis tanpa menjawab soalan nya itu , dia terus memeluk aku dan meredakan aku , dia masih menanya benda yang sama lagi smbil menyuruh aku memandang anak aku , aku terus pandang , dan dia kata "sakit tak anak awak ? seksa tak dia ? kesian tak kat dia ? "aku terus menangis lg ,smpai lah aku terbuka mulut kata kan yang aku masih belum redha lagi , dan dia kata "betul , saya tahu ,memang awak tak redha lagi , saya nampak tu , tapi awak kene pikir keadaan dia skrg , kesiankan dia , redhakan dia , mungkin kat sana dia lg bahgia , takde terseksa camni kan?" saya seorang nurse pun rasenya tak sanggup dah nak cucuk anak awak,ye memang bkn sng , kalau saya sendri dekat tempat awak ,rasenye saya tak kuat , tapi mungkin allah bg ujian ni sbb awak kuat , awak boleh,nanti awak bisik dekat dia , awak bukan xnk dia sembuh , tapi awak cakap mama nak awak rehat , mama halalkan susu yang pernah mama bagi,nanti dengan sendrinya dia pergi" aku terdengar terus menangis dan menangis , aku tidak kuat ketika tu , nurse terus memeluk aku dan memnta izin untuk melihat gamba/ video arwah , dia juga turut menangis ,kerana kesian pada anak ku , dan kemudian aku terus memesan padanya untuk menjaga arwah , kerana aku ingin keluar sekejap , aku terus keluar duduk keseorangan sehinggalh suami aku dtg pada aku dan menanya kn knp , aku cerita kan apa yg nurse tu katakan , aku terus kata kan pada suami ,walaupun rasa berat,hanya allah yg thu apa aku rasa aku kena katakan ""kita kene redha , kesian aira" . suami aku pada awal lg sudah redha ,cuma nya dalam masa yang sama dia juga mengharap ada kesembuhan/ keajaiban dari allah untuk anak kami ..kemudian,tak lama itu,aku masuk semula melihat anakku,aku dtg dekat,dan melihat tangan nya kuat gerak dan mengenggam seolah arwah mengadu ianya sdg menahan sakit,aku hanya mmpu berlari menangis ke luar memanggil suamiku melihat arwah kerana aku tahu memang kami terlampau rindukannya,kami trus membri kata kata smgt,walaupn kami tahu dia dlm keadaan lemah..

pada pagi hari yang ke 22 aku dan suami diberitahu bahwa anak kami ada perubahan , dan mungkin di tukar ke UM jika anak kami beransur stabil . aku dan suami terus tersenyum , dan hanya mampu berkata "alhamdulilah" .. terus aku tidak sabar aku terus menghubungi ayahku beritahu keadaan anakku ,teruslah dtg selera makanku ketika itu ,dan sambil menyuruh mereka membekalkan nasi . kemudian sehinggalah malam itu ,dokte memanggil aku dan suami memberitahu penafasan arwah secara tiba tiba menurun . aku dan suami terdiam . tak mampu nak cakap apa apa . kami menunggu terus menunggu , sehinggalah esok paginya hari yang ke 23 aku dan suami terus dipnggil dan diberitahu anak kami dalam keadaan yang sgt tenat , hanya ada dua pilihan , sama ada nak guna kan alat cpr (sejenis alat yang letak di dada)atau pergi dengan sendri ,ketika tu suami terus memandang aku ,dan aku terus mengelengkan kepala , aku terus kata biar lah pergi sendri . ketika tu aku ,suami dan sesiapa sahaja ahli keluarga terdekat dibenarkan untuk menemaninya kali terakhir ,aku dan suami tidak berhenti2 membisikkan apa sahaja yang kami mahu sebelum nafasnya terhenti , sehinggalah jantung nya dalam bacaan 20-15 makin turun dan turun , dan secara tiba tiba dtg lah mak aku iaitu wan nya yang menjaga 24 jam ,terus membisik di telinga nya dengan ayat ,(wan aira membahasakan dirinya kakyang) "kakyang ,kakyang rehatlah, kakyang pergilah dengan tenang ,tunggulah wan di sana " terus mesin terbenhenti menjadi 0 bermaksud tiada lagi degupan jantung , terhentinya gelak ketawa ,terhentinya senyuman arwah . allah,ketika itu aku rebah , selama ini merasakan diri begitu kuat, rupanya aku adalah selemah lemah manusia ketika itu .. hanya airmata saja yang aku mampu keluarkan ketika itu. 

berat rasanya ujian yang kami hadapi ni ,arwah tidak pernah tunjuk kesakitannya . hanya pergi secara tiba tiba .jangkitan paru paru tu hanya lah sbg satu alasan /punca arwah pergi , kerana dokte sendri sampai ketika ini masih tidak dapat kenalpasti jangkitan apakah itu , rasanya ramai yang akan kata "takutlah nak bwak anak ke hulur hilir , takutlah penyakit itu ini,jaga anak mesti remeh temeh" . tu bukan lah punca sebenarnya , jika ajal sudah memanggil ,tidak kira umur sebenarnya kan ,kita jaga la baik mana pun , iainya tetap akan pergi jika allah sudah aturkan, kenapa aku berkata begitu ? kerana ada juga bayi sebesar anak aku juga yg kini sdg bertarung nyawa di icu ,umur nya 7 bulan ketika ini , tiada sakit ape pun ,tiada demam ,tiada patah apa apa pun ,tiba tiba saja koma sehingga kini menjadi tanda tanya.. nasib ibunya sama seperti aku , anak sulung , cucu sulung , cuma pernantiannya sedikit berbeza ,4 tahun pernantiannya , tulah orang kata seberat2 ujian kita , banyak lagi ujian yang berat .cumanya kita kena kuat,,ya! aku dan suami memang dah redha dengan permergian anak kami ,cumanya rindu dan kenangan pada anak kami perlahan lahan untuk kami cuba kuat 🙂

sekianlah kisah arwah sepanjangnya di icu , inilah yang aku dapat kongsikan pengalaman kami di hospital banyak mengajar kami , pemergian anak kami juga banyak meninggalkan banyak petanda ,banyak meninggalkan kesan ,hanya kami sndri tidak perasan.. aku dan suami akan terus berdoa buat arwah anak kami ,dan cuba terus kuat dan kuat walaupun ianya mengambil masa 🙂 🙂

#25/5/2016-15/12/2016