Sayu : Mengelupur di hujung NYAWA .. Daus maut di langgar LARI oleh lori pasir (5Gambar)

Kuching : Tidak disangka ini merupakan perjalanan terakhir daus, dia mengelupur kesakitan yang amat sangat dipenghujung nyawa nya menahan sakit akibat dilanggar lari oleh lori pasir.
Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah lori di Jalan Bako di sini petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 petang itu,mangsa, Nur Firdaus Mohamad, 18, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badannya.




Pemangku Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Asisten Superintendan Mathew Manggi berkata,
sebelum kejadian, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha seorang diri sedang dalam perjalanan dari arah Jalan Bako menuju ke Jalan Medan Hamidah di sini.
Bagaimanapun katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai tiba-tiba dirempuh sebuah lori yang membawa muatan pasir dari arah belakang.
"Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak di bahu jalan dan cedera parah pada kepala serta badannya.
"Manakala, pemandu lori itu dikatakan terus meninggalkan lokasi kejadian selepas merempuh mangsa," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.
Mathew memberitahu, mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Umum Sarawak di sini untuk dibedah siasat.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. Al fatihah 
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan