Sayu : Maafkan Nor Abah .. Guru maut kereta dipandu anak meletup dan terbakar di rempuh lori pasir (8Gambar)

KOTA TINGGI : Lagi seminggu sesi persekolahan 2017 akan bermula, Cikgu Rahman insan yang sangat dikenali di SK Sungai Papan dijemput ilahi apabila kereta yang dipandu anak perempuan nya dirempuh lori pasir.

Dalam kejadian itu anak perempuan mangsa Nor Nazatul Amira cedera parah patah kedua-dua kaki impak dari kemalangan itu.

Mengikut saksi kereta tersebut terbabas dan berlaku letupan sebelum kereta tersebut terbakar selepas dirempuh lori pasir terbabit.

Namun mangsa didalam kereta terbabit sempat diselamatkan oleh orang awam tapi cikgu Rahman yang duduk dibelakang maut impak dari kemalangan tersebut.





Sinar Harian melaporkan seorang guru maut selepas kereta Proton Pesona dinaiki terjatuh ke dalam tebing sebelum terbakar dalam kemalangan di Kilometer 8.5 Jalan Tanjung Belungkor, petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 3 petang di jalan menghala ke Terminal Feri Belungkor, Simpang Pasir Gogok, Adela itu menyebabkan mangsa, Abd Rahman Abu Bakar, 49 yang mengajar di Sungai Papan maut.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, kemalangan itu turut menyebabkan anak mangsa merupakan pemandu, Nor Nazatul Amira, 23 mengalami cedera parah, manakala seorang penumpang Juhana Ilias, 24 cedera ringan.

"Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan membabitkan Proton Pesona dengan lori pasir yang dipercayai berlaku apabila lori pasir dari arah Kota Tinggi menghala ke Belungkor telah terbabas ke kanan jalan.

"Lori pasir itu kemudiannya telah berlanggar dengan Proton Pesona dinaiki mangsa yang datang dari arah bertentangan dari Belungkor ke Kota Tinggi.

"Kemalangan itu menyebabkan Proton Pesona terjatuh di tebing jalan yang kedalaman 1.5 meter lalu terbakar. Manakala lori pasir terbabas dan terbalik di tebing jalan," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Rahmat, akibat dari kemalangan itu penumpang belakang Proton Pesona beralamat di Kampung Baru, Pasir Gogok telah meninggal dunia di klinik Sening, Adela disebabkan cedera parah di kepala.

Pemandu, penumpang hadapan serta pemandu lori pasir telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan.

"Hasil siasatan mendapati tempat kejadian merupakan jalan dua hala yang lurus dan terdapat garisan putus-putus ditengah jalan sebagai pembahagi jalan.

"Permukaan jalan kering manakala kawasan persekitaran merupakan kawasan ladang kelapa sawit. Tiada sebarang saksi bebas di tempat kejadian. Polis akan menahan pemandu lori pasir berkenaan berusia 38 tahun dari Taman Johor Jaya untuk membantu siasatan," katanya lagi.
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan