Sayu : Maafkan NENEK sayang .. Nenek dan 2 cucu kesayangan MAUT motosikal mereka di rempuh kereta (6Gambar)

JELI : Tidak disangka ajakan nenek pada 2 cucu kesayangan menaiki motosikal pusing-pusing kampung diwaktu petang berakhir tragedi apabila mereka terlibat dalam kemalangan dan mereka maut.
Seorang nenek bersama dua cucu kesayangannya maut selepas motosikal yang dinaiki dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Lebuh Raya Timur Barat berhampiran Kampung Batu Melintang Luar di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, mangsa, Wan Zubaidah Wan. Md. Zain 53; Putri Nur Sofea Mohamad Asriellazuan,2, meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian.
Manakala Putri Bur Syufina Arora,4, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Jeli.




Menurut suami Wan Zubaidah, Ibrahim Shapie, 57, dia mengetahui kejadian malang menimpa tiga beranak itu selepas kira-kira 15 minit isteri bersama cucunya keluar untuk bersiar-siar di kawasan sekitar.
"Lokasi kejadian hanya terletak kira-kira 500 meter dari rumah. Wan Zubaidah tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap.
"Cuma dua, tiga hari ini, dia tidak banyak bercakap. Cucu kami pula begitu rapat dengan neneknya sejak akhir-akhir ini," katanya ketika ditemui di Kampung Chegar Bedil di sini hari ini.- Al fatihah 

Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan