Sayu : Maafkan ayah dan ibu..3 beradik maut LEMAS ketika memancing .. HIDUP susah terpaksa memancing ikan ? (6Gambar)

Pekan : Maafkan Ayah dan ibu .. Suami isteri ini kehilangan 3 anak mereka serentak akibat lemas ketika memancing, ada sumber mengatakan keluarga ini hidup susah terpaksa memancing ikan namun sejauh mana kebenaran dakwaan itu tidak dapat dipastikan.
Jika dilihat pada rumah dan tempat jasad ketiga-tiga beradik ini ditempatkan  amat lah daif dan dilihat keluarga ini dalam kehidupan yang amat susah.
Namun perkara telah terjadi diharap keluarga ketiga beradik ini tabah dengan dugaan yang menimpa mereka, semoga roh ketiga beradik ini dicucuri rahmat.


Harian metro melaporkan tiga beradik ditemui lemas selepas keluar memancing di kawasan parit berhampiran rumah mereka di Kampung Permatang Jerek Merchong, di sini, kira-kira 2 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, tiga mangsa iaitu Nor Aleeza Marliyana Mohd Rasid, 12; Mohamad Firdaus Mohamad Rasid, 11; dan Nor Alia Mardiana Mohamad Rasid, 7, ditemui bapa mereka serta beberapa penduduk kampung dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia. 
"Siasatan awal mendapati tiga beradik ini keluar memancing di kawasan parit kira-kira 300 meter dari rumah mereka. Ketika itu ibu bapa mangsa berada di rumah.
"Bagaimanapun semua mangsa ditemui lemas selepas bapa mangsa keluar mencari tiga beradik ini yang tidak pulang sebelum menemui anaknya lemas di kawasan memancing itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, semua mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat.
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan