Sayu : Maaf kan IBU yer sayang .. Kucupan terakhir Baby Hana meninggal di rumah pengasuh (5Gambar)

PUCHONG : Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah yang terjadi pada seorang ibu muda yang kehilangan bayi perempuannya yang berusia 13 bulan dilaporkan meninggal dunia di rumah pengasuh. 

Menurut Aleeza Rosli, rakannya, Farah Husna Mohd Noh, terpaksa bekerja kerana perlu membayar segala hutang pelanggan pre-order telefon bimbit yang ditipu oleh pihak pembekal. 

"Takziah buat sahabat seperjuangan saya yang kehilangan permata hati tercinta kelmarin. Baby Hana baru berusia 13 bulan meninggal dunia di rumah pengasuhnya tatkala ibunya baru saja mendapat pekerjaan. 



"Sungguh berat dugaan ini. Belum selesai lagi kes pre-order, Allah beri satu lagi ujian hebat untuk rakan baik saya ini. Sebak hati tak terkata," tulisnya. 

Punca kematian tidak diketahui, namun berdasarkan komen balas Aleeza dengan netizen yang lain, kes itu telah dilaporkan kepada polis. Setakat ini bayi berkenaan diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut. 

Pasangan terbabit juga difahamkan sedang menunggu hasil laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian anak mereka. - The Reporter
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan