Sayu : Jaga anak kami SELAMAT TINGGAL sayang .. Angkara lori suami isteri maut, 3 anak Yatim Piatu (6Gambar)

Slim River : Pasangan ini maut ditempat kejadian impak dari kemalangan yang menimpa mereka sekeluarga, saat yang amat memilukan apabila anak pasangan ini juga turut cedera parah dalam kemalangan tersebut.
Pasangan ini mempunyai 3 cahayamata perempuan namun dalam kemalangan terbabit hanya seorang bersama-sama pasangan yang maut itu yang mana kini ke 3 beradik itu kini yatim piatu angkara lori tangki terbabas.
Harian Metro melaporkan suami isteri maut manakala 10 individu lain cedera termasuk enam parah dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan di Kilometer 371.89 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini, hari ini.



Dalam kejadian 5.10 petang itu, suami isteri, Ridzuan Abdul Rajak, 33, dan Intan Maizura Aidul Badri, 33, yang menaiki Proton Exora maut di lokasi kejadian manakala kanak-kanak berusia lapan tahun dipercayai anak mangsa maut yang turut menaiki kereta sama parah.
Lima lagi mangsa yang parah termasuk pemandu lori tangki dan empat mangsa yang cedera masih belum dikenal pasti.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, siasatan awal mendapati lori tangki yang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke utara hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar tiga lori dan empat kereta dari arah bertentangan.
Katanya, lorong kiri laluan selatan terpaksa ditutup dan hanya lorong kanan lebuh raya dibuka, manakala lorong kanan arah utara ditutup untuk melancarkan perjalanan trafik.
"Kemalangan itu mengakibatkan dua maut, enam parah dan empat lagi cedera ringan. Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya ketika dihubungi di sini.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Negeri Perak berkata, pihaknya menerima maklumat pada 5.15 petang sebelum mengerahkan enam anggota menaiki sebuah jentera ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, bomba mendapati lori tangki merintangi lebuh raya manakala pemandu dari empat kereta yang terbabit dalam kemalangan itu tersepit dan bomba mengeluarkan mangsa sebelum dua disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
"Operasi menyelamat sedang dilakukan," katanya.
Beliau berkata, kejadian turut menyebabkan kesesakan lebuh raya arah selatan sehingga 14 kilometer.