Sayu : Foto SELFIE Terakhir Saidatul dan Mira .. Sebelum naik bas duduk Bersama .. meninggal pun jasad bersama (6Gambar)

Muar : Allahu Akbar sahabat hingga akhir hayat, itu lah kisah Nor Saidatul Akmal Idris, 21 dan Nur Amira Izzaty Razip, 22.

Foto terakhir mereka berselfie berdua sebelum menaiki bas mengundang pilu kepada semua yang melihat foto mereka berdua ini.

Saidatul dan mira selepas itu pergi buat selamanya dijemput ilahi apabila bas yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dan mereka berdua maut.

Paling menyedihkan lagi foto mereka berdua kelihatan amat ceria namun selepas kemalangan itu jasad mereka berbaju sama dengan foto terbabit terbujur kaku sebelah menyebelah.





Ini kisah sedih Saidatul :

hasrat melangsungkan perkahwinan pada hujung Januari 2017 tidak kesampaian apabila tunang maut dalam nahas bas ekspres di KM137.3 lebuh raya PLUS, awal pagi ini.
Mohd Hanizan Othman, 30, berkata beliau dan tunangnya arwah Nor Saidatul Akmal Idris, 21, merancang untuk berkahwin pada cuti Tahun Baru Cina, 29 Jan depan.
“Segala persiapan perkahwinan di pihak perempuan termasuk kad jemputan kahwin sudah siap dicetak, cuma tunggu untuk diedarkan.
“Perkahwinan di pihak saya pula dirancang pada Mac depan,” katanya di Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini, hari ini.
Mohd Hanizan dari Pontian berkata, beliau dan Nor Saidatul Akmal adalah rakan sekerja di kilang elektronik di Senai di mana mereka mula berkenalan lebih setahun lalu.
Beliau berkata, tunangnya yang berasal dari Kota Tinggi menaiki bas berkenaan bersama seorang rakan wanitanya untuk menghadiri satu majlis perkahwinan di Negeri Sembilan, esok.
“Kali terakhir saya berkomunikasi dengan Nor Saidatul Akmal ialah menerusi SMA, kira-kira 7 malam tadi.
“Saya tidak menghantarnya ke Terminal Larkin Sentral kerana dia memberitahu akan menumpang kenderaan tunang rakannya,” katanya.
Mohd Hanizan berkata, beliau mula berasa tidak sedap hati apabila Nor Saidatul Akmal tidak menjawab beberapa panggilan telefon dan SMS yang dihantarnya sejak malam tadi.
Beliau pada mulanya mendengar berita mengenai kemalangan bas berkenaan dari seorang rakannya, pada sebelah pagi.
“Saya membuat keputusan untuk pergi ke Negeri Sembilan. Saya kemudiannya menerima panggilan telefon dari abang Nor Saidatul Akmal mengenai nahas itu kira-kira 11 pagi,” katanya.
Beliau berkata, Nor Saidatul Akmal memberinya hadiah coklat dan bunga sempena sambutan hari jadinya, pada 15 Dis lalu.
“Itulah hadiah terakhir yang saya terima daripadanya. Dia tidak pernah berbuat demikian sepanjang kami berkenalan,” katanya.
Sementara itu, ibu Nor Saidatul Akmal, Laila Kasbi, 61, berkata kali terakhir beliau berhubung dengan anaknya ialah melalui WhatsApp yang anaknya memaklumkan bas yang dinaikinya akan lewat sampai di Johor Bahru.
“Dia pesan pada mak cik suruh mak cik tidur dahulu sebab bas yang dia akan naik sepatutnya sampai di Terminal Larkin Sentral pada tengah malam, namun bas itu lambat dan dijangka sampai dalam 1 pagi.
“Subuh tadi saya buat beberapa kali panggilan kepadanya tetapi tidak berjawab. WhatsApp saya pun dia tidak balas. Saya mulai risau,” jelasnya.
Laila berkata, beliau hanya mengetahui mengenai kemalangan itu melalui laporan berita di televisyen.
“Mak cik cuba buat panggilan pada rakannnya Nur Amira Izzaty Razip yang bersamanya tetapi dia juga gagal dihubungi,” katanya yang kemudiannya menerima berita kemalangan itu daripada polis.
Nor Saidatul Akmal adalah anak bongsu daripada lima beradik dan tinggal di asrama kilang tempatnya bekerja sejak tiga bulan lepas, kata ibunya.
Nahas itu mengorbankan 14 orang termasuk pemandu bas sementara 16 lagi cedera.
Bas itu yang dalam perjalanan dari Johor Bahru menuju Kuala Lumpur dilapor terjunam ke dalam cerun sedalam 10 meter.

Ini pula kisah sedih Amira : 

“Saya rasa nak pergi jauh,”...itu antara ayat terakhir arwah Nur Amira Izzaty Razip kepada tunangnya sebelum bas itu kemalangan, awal pagi.
Nur Amira, 22, antara 14 mangsa yang terkorban dalam nahas bas ekspres di KM137.3 lebuh raya PLUS, arah utara, berdekatan dengan kawasan rehat dan rawat Pagoh.
Tunangnya, Hary Ramlan, 26, berkata kali terakhir dia bertemu tunangnya adalah ketika mengambil tunangnya di asrama kilang tempatnya bekerja di Senai.
Katanya, dia kemudian menghantar tunangnya ke Stesen Bas Larkin, yang mahu ke Negeri Sembilan bagi menghadiri majlis pernikahan kenalannya.
“WhatsApp terakhir yang dia hantar mengatakan ‘saya rasa nak pergi jauh’. Jadi, saya pun terkejut sebab dia tak pernah berkata begitu sebelumnya kepada saya.
“Saya hantar dia pada 11.30 malam. Tunggu sampai bas dia bertolak.
“Ketika dalam bas pun dia ada meminta saya menghalalkan segala makan minumnya dan mengikhlaskan semua perkara selama lima tahun kami berkenalan.
“Nur Amira, yang ketika itu dalam keadaan teresak-esak ketika di stesen bas turut meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada syarikat perkhidmatan bas.
“Bas itu datang lambat, sepatutnya bas sampai pada 1 pagi tetapi tiba pada 1.45 pagi dan terus bertolak kira-kira lima minit kemudian.
“Saya bekerja sebagai pemandu bas SBS di Singapura. Oleh itu, pada saya waktu rehat pemandu bas tersebut sangat singkat,” katanya.
Tambahnya, dia mendapat makluman mengenai kejadian bas daripada kumpulan WhatsApp yang memaklumkannya mengenai kemalangan tersebut.
“Pada mulanya saya tidak percaya tetapi selepas melihat nombor pendaftaran bas itu, AJC 6633 saya tahu itu bas yang dia naiki kerana tiket bas dia saya yang pegang semalam,” katanya.
Menurutnya, mereka bertunang sejak Mei tahun ini dan merancang untuk berkahwin pada Mei 2017.
Difahamkan, arwah Nur Amira ke Negeri Sembilan bersama seorang rakan sekerjanya, Allahyarham Nor Saidatul Akmal Idris, 21, yang juga maut dalam nahas itu.

Semoga roh kedua sahabat baik ini tenang disana dan seluruh keluarga nya tabah terutama tunang kedua-dua sahabat baik ini. Al fatihah