Sayu : Bapa cerita KISAH SEBENAR anak nya 3 beradik lemas..dikebumikan satu LIANG LAHAD (4Gambar)

MERCHONG :  Bapa cerita saat 3 beradik pergi memancing sebelum dijumpai lemas " Selepas hujan dan makan tenghari dalam pukul 3 petang mereka 3 beradik keluar rumah, sebelum ini hanya anak kedua nya lelaki minat memancing bersama nya, entah kenapa hari ini kedua kakak dan adik nya pun ingin ikut sama."

"Semasa lewat petang bapa nya menunggu ketiga-tiga mereka pulang tapi hampa, dia membuat keputusan untuk mencari alangkah terperanjat melihat anak nya yang sulung Aleeza lemas manakala Firdaus dan anak bongsu nya Alia tidak kelihatan .

Dia yang keseorangan terus meminta tolong rakan yang lalu ditempat kejadian untuk mecarari dua lagi anak nya yang hilang tapi sungguh menyedihkan ketiga-tiga anak nya ditemui lemas di kawasan mereka memancing."

Sinar Harian melaporkan Tiga beradik yang mati lemas ketika keluar memancing di sebuah kawasan berparit dekat Kampung Permatang Jerek, Merchong, Pekan petang semalam selamat dikebumikan dalam satu liang lahad sekitar jam 2 pagi tadi.





Mayat tiga beradik itu, Nor Aleeza Marliyana bt. Mohd Rasid, 12, Mohamad Firdaus, 11 dan Nor Alia Mardiana, 7, tiba di kampung itu sekitar jam 12 dan disembahyangkan di Masjid Merchong sebelum dikebumikan.

Bapa mangsa, Mohd Rasid Mohd Daud, 49, yang ditemui masih dalam keadaan sedih dan enggan ditemuramah.
Terdahulu, difahamkan ketiga-tiga mangsa yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya itu keluar dari rumah kira-kira jam 2 petang semalam untuk memancing di kawasan parit tersebut.

Bapa mangsa ketika itu berada di rumah dan kawasan parit itu hanya terletak kurang 300 meter dari rumah mereka.

Selepas satu jam kira-kira jam 3 petang, ketiga-tiga beradik itu masih belum pulang ke rumah dan menyebabkan bapa mereka keluar mencari ke kawasan berkenaan.

Sebaik tiba di tempat kejadian, bapa mangsa mendapati anak perempuannya yang berusia 12 tahun telah terapung dan mengangkatnya ke tebing.

Dia kemudian meminta bantuan jiran mencari dua lagi anak dan usaha mencari akhirnya menjumpai kedua mangsa di dalam parit pada kedalaman dianggarkan lebih kurang enam kaki.

Mayat kesemua mangsa dibawa balik ke rumah oleh orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek mengesahkan perkara itu.