Sayu : Anak tunggal di TAHAN di syaki rompak dan BUNUH IBU sendiri .. kenyataan nya BERCANGGAH selepas di siasat (4Gambar)

KOTA BHARU : Kisah VIRAL motosikal pemuda ini hilang di curi didalam rumah selepas rumah ibu nya dimasuki perompak dan dalam kejadian itu juga ibu nya maut dipukul perompak terbabit.

Kini pihak penyiasat berjaya mencari punca dan kisah sebenar kejadian itu yang pasti ramai yang terkejut yang mana pemuda anak mangsa bunuh itu kini ditahan dituduh bunuh dan rompak ibu nya sendiri.

Utusan Oline melaporkan teka-teki siapa suspek sebenar kes pembunuhan seorang wanita warga emas di Kampung Kuala Gris, Dabong, Kuala Krai, Isnin lalu memasuki episod baharu selepas polis menahan anak lelaki mangsa tengah malam tadi.


Timbalan Ketua Polis ne­geri, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, suspek berusia 35, menghilangkan diri selepas jenazah ibunya dikebumikan dan diberkas pada pukul 12.03 tengah malam tadi ketika dia sedang tidur di rumahnya.

“Selepas urusan pengebumian ibunya selesai, suspek yang merupakan anak tunggal mangsa, tidak bekerja dan masih bujang secara tiba-tiba menghilangkan diri namun kita berjaya mengesan dia yang pulang ke rumah tengah malam tadi.
“Kita percaya penahanan suspek mampu membantu siasatan terhadap kes ini yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Din memberitahu, pihak polis masih menyiasat sama ada suspek mempunyai kaitan secara langsung atau tidak dengan kejadian bunuh tersebut.

“Keterangan anak tunggal mangsa ini didapati mencetuskan keraguan kerana bercanggah selain dilihat cuba memanipulasikan fakta kejadian. Bagaimanapun kita tidak menolak kemungkinan ada suspek lain yang terlibat dalam kejadian tersebut.

“Suspek kini direman bermula hari ini hingga 27 Disember. Siasatan awal mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah dan saringan ujian air kencing juga didapati negatif,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi Isnin lalu, mayat Rohani Musa, 60, yang juga seorang buruh ladang ditemukan di hadapan rumah dalam kea­daan diikat dengan menggunakan kain batik, pelikat, perca dan seluar sukan pada mulut, tangan, kepala dan kaki. -UTUSAN,KOSMO

Post a Comment

[blogger]

MARI themes

Powered by Blogger.