Sayu : Allahu Akbar .. Aceh dilanda musibah GEMPA lagi .. terkini sudah 20 orang terkorban (22Gambar)

ACHEH - INDONESIA : Sekurang-kurang lebih 20 orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera selepas kedai-kedai dan rumah-rumah runtuh di sini selepas gempa bumi 6.5 skala ritcher.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan bahawa gempa tersebut berpusat kira-kira 10 kilometer (KM)utara Reulut iaitu sebuah bandar di utara Acheh dengan kedalaman 17.2 km.

Wakil Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB), Sutopo Nugroho berkata gegaran kuat mula melanda pukul 5 pagi (waktu tempatan) itu dirasai oleh penduduk tempatan membuatkan mereka bertempiaran lari meninggalkan rumah masing-masing.

“Gempa bumi dirasakan sangat kuat membuatkan orang ramai panik dan bergegas keluar dari rumah sebelum ia runtuh,” katanya kepada media tempatan.




















Sebelum ini, Aceh juga pernah dilanda badai Tsunami yang mengorbankan lebih 170,000 nyawa dan puluhan ribu di negara lain termasuk Malaysia pada tahun 2004.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Apriadi Achmand berkata, terdapat kebimbangan bahawa masih ramai yang terperangkap di bawah runtuhan tersebut.

“Beberapa rumah kedai dan rumah telah runtuh di daerah Pidie Jaya dan pemilik masih lagi terperangkap di sana.

“Kami kini sedang berusaha menggunakan jentera berat dalam usaha menyelamatkan mereka yang terperangkap,” katanya kepada media AFP.