Sayu : Zarul menahan sakit REBAH di Gegar Vaganza selepas SITI SARAH (6Gambar)

KUALA LUMPUR : Nitizen dikejutkan dengan Siti Sarah GV pengsan minggu lalu ada yang mengatakan beliau terkena SIHIR dan ada yang mengatakan dia keletihan

Kini Zarul GV pula yang rebah akibat rasa sakit dibahagian perut nya, ini lah yang berlaku kepada perserta GV3.

Berita Harian melaporkan Zarul melunaskan tanggung jawab mendendangkan lagu Fantasi Musim Cinta hingga layak mara ke pentas separuh akhir musim ketiga Gegar Vaganza (GV), penyanyi Zarul rupa-rupanya berdepan insiden cemas apabila tiba-tiba rebah, dua jam sebelum konsert malam tadi. 



Zarul atau nama sebenarnya, Zairulkefli Husin, 43, memberitahu dia terpaksa dikejarkan ke hospital kira-kira jam 6.45 petang semalam apabila perutnya tiba-tiba sakit. "Saya rasa sakit pada bahagian perut ketika berlatih. Malah, saya seperti kurang sedar dengan kejadian itu dan dibawa ke hospital. 

"Doktor tidak dapat mengesahkan punca sebenar kesakitan itu. Saya meminta izin untuk kembali ke GV dan diberikan ubat tahan sakit. "Kekuatan saya pada ketika ini adalah penyokong. 

Saya tidak sampai hati untuk mengecewakan mereka dengan menarik diri. Biarpun menahan sakit, namun saya mencari kekuatan dengan semangat peminat," katanya kepada BH Online.

 Vokalis kumpulan Umbrella itu meneruskan perjuangan dengan mempersembahkan lagu Fantasi Musim Cinta yang dipopularkan penyanyi, Iwan biarpun kesihatannya kurang mengizinkan. 

Pada pentas separuh akhir, Ahad ini, Zarul bakal menyanyikan dua lagu iaitu duet bersama Marsha serta sebuah lagu solo yang dipopularkan Aizat Amdan. Selain Zarul, penyanyi lain yang turut bertanding pada peringkat separuh akhir adalah Ameng (Spring), Gmie (Screen), Nora, Intan Sarafina, Azharina dan Siti Sarah. 


Malam tadi, penyanyi berpengalaman, Zur Eda menghentikan perjuangan apabila menerima markah rendah. Gmie pula berjaya diselamatkan menerusi imuniti yang diberikan penaja platinum, Datuk Seri Vida.


Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan