Sayu : Ya Allah besar nya dugaan kami .. 2 anak kami meninggal kini lantai rumah kami pula roboh (8Gambar)

Jertih : Malang bertimpa-timpa buat keluarga ini jenazah dua anak nya yang lemas telah dijumpai, anak mereka berdua maut akibat bot yang dinaiki mereka terbalik,semasa solat jenazah untuk kedua anak perempuan keluarga ini lantai rumah nya roboh. 
Harian Metro melaporkan tetamu di rumah keluarga mangsa lemas di Kampung Chegar Batang, Hulu Besut, cemas seketika apabila lantai ruang tamu kediaman terbabit tiba-tiba runtuh, malam tadi.
Bagaimanapun, tiada yang cedera dalam kejadian itu walaupun ada tetamu terjatuh bersama runtuhan lantai terbabit.






Penduduk, Kartini Sulaiman, 45, berkata ketika itu jenazah kedua baru saja tiba di rumah dari hospital, kira-kira 9.15 malam.
Menurutnya, jenazah mangsa pertama ketika itu sudah berada di ruang tamu rumah untuk solat jenazah.
Katanya, bilangan tetamu yang agak ramai dan dengan lantai uzur itu mungkin menyebabkannya runtuh.
Berikutan itu, solat jenazah dipindahkan ke rumah ahli keluarga terbabit yang terletak bersebelahan.
Kedua-dua jenazah berkenaan selamat dikebumikan dalam satu liang lahat di tanah perkuburan kampung berkenaan, pada 11.15 malam tadi.
Allahyarham Nur Nadirah Afrina Hakman, 9, dan Nurul Hasmila Ismail, 16, lemas apabila bot yang mereka naiki terbalik di Sungai Besut, pada kira-kira 9.30 pagi semalam.
Kejadian itu menyebabkan Salahuddin Abdul Rahman, 50, yang mengemudi bot itu kehilangan dua cucunya itu.
Katanya, arwah Nur Nadirah adalah murid Sekolah Kebangsaan (SK)
Pasir Akar manakala arwah Nurul Hasmira pula adalah pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) Putera, Darau.
Salahuddin berkata, arwah Nur Nadirah sebelum itu beberapa kali mengajaknya mencari etak.
Oleh itu, katanya, dia bersama enam ahli keluarganya keluar ke sungai berkenaan selepas hujan di kawasan terbabit agak reda, pada kira-kira 9 pagi.
“Saya tidak sangka kehilangan dua ahli keluarga,” katanya ketika ditemui di Hospital Besut untuk menerima rawatan.
Selain Salahuddin, isterinya, Hasanah Mat Zin, 43, dua anaknya, Zarina, 30, dan Norasyikin, 22, serta anak saudaranya, Aina Nasuhah Ismail, 12, turut dibawa ke hospital untuk menerima rawatan selepas diselamatkan orang ramai.
Salahuddin berkata, ketika bot berada di tengah sungai tiba-tiba bahagian depannya dimasuki air.
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan