Sayu : Tunang maut JATUH tingkat 8 HOTEL di Danok .. Sayang begitu CEPAT diri mu pergi .. di saat hadir nya hari BAHAGIA KITA (6Gambar)


Alor Setar : Ajal maut jodoh pertemuan semua nya ketentuan Allah ini lah yang berlaku kepada pasangan Arwah Amirul dan Hafizah, dikala mereka gembira menuju hari bahagia mereka, Amirul telah dijemput ilahi dengan tragis.
“Saya tidak sangka semua ini berlalu dengan cepat kerana arwah tunang beria-ia mahu melangsungkan perkahwinan kami, malah sanggup bercuti bersama rakannya di pekan Dannok, Thailand, Sabtu lalu, sambil membeli barangan hantaran untuk majlis perkahwinan kami pada 10 Disember depan.
“Malah, kali terakhir dia menghantar kiriman WhatsApp pada saya ialah pada malam Sabtu lalu dan beritahu akan membelikan pasta tomyam dari sana untuk saya masak buat kali terakhir sebelum berkahwin,” kata Noor Hafizah Yahya.


Noor Hafizah, 22, berkata, tunangnya, Mohd Amirul Rais Khalid, 24, yang berasal dari Pokok Sena, tidak mempunyai sebarang penyakit, malah dia kelihatan sihat ketika ke Thailand Sabtu lalu.
Katanya, dia hanya mengetahui kejadian itu apabila rakan tunangnya datang menemuinya di Pulau Pinang dan menyerahkan segala dokumen pengenalan diri milik arwah sebelum memaklumkan Mohd Amirul Rais meninggal dunia akibat dipercayai terjatuh dari balkoni tingkat lapan sebuah hotel di pekan Dannok.
Semoga Hafizah tabah dengan dugaan yang menimpa dirinya dan semoga roh arwah Amirul tenang disana kes kematian Amirul masih disiasat oleh pihak berwajib. Al fatihah