Ketua Polis Daerah Pontian, Pemangku Suprintenden Zakaria Abd. Rahman berkata, mangsa, Abdul Razak Jamari, 42, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan dan kepala manakala anak lelaki nya  M.adi syahmi b abd razak kritikal.




Lain-lain mangsa adalah M.fathuddin b.zakaria , M.firas alian b. Norashidin ,M.danish asyraf b.khairul ,khodijah ulya bt zakaria .

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah lori dari arah Benut menuju ke Rengit cuba mengelak sebuah kenderaan yang keluar dari simpang di sebelah kanan di lokasi kejadian. 

”Lori yang mengelak ke sebelah kanan jalan telah masuk laluan bertentangan dan bertembung dengan  kenderaan mangsa yang turut dinaiki oleh lima murid yang menuju ke Benut.

“Akibat kemalangan itu mangsa yang memandu kereta Perodua Alza meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya, di sini hadi ini.