Sayu : Tiada lagi GELAK TAWA cucu ku ..Umrah Yumna dan Anik Hamzah - Nenek (6Gambar)

IPOH : Sedih nya tidak dapat gambarkan perasaan nenek ini bila kehilangan 2 cucu nya serentak dalam kemalangan pagi tadi, bapa kepada 2 anak ini juga maut.

Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 3.5, Jalan Ipoh-Lumut di selekoh Puncak Jelapang Maju di sini awal pagi tadi selamat dikebumikan petang ini.

Muhammad Syafiq Isyammuddin, 25, dan dua anaknya Umrah Yumna, 2, dan Aniq Hamzah, 1, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya di sini kira-kira pukul 2.15 petang.




Anak beranak itu meninggal selepas kereta jenis Mitsubishi Triton yang dipandu Muhammad Syafiq terlibat dalam kemalangan dengan dua lagi kenderaan pada pukul 1.15 pagi semasa mereka dalam perjalanan dari Ipoh menuju Seri Iskandar.

Kemalangan turut mengakibatkan isteri Muhammad Syafiq, Nurul Nadia Baharizan, 28, serta nenek Muhammad Syafiq iaitu Khalijah Samad, 79, yang kedua-duanya cedera parah dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Dua lelaki berusia 25 dan 34 yang menaiki kereta Toyota Camry turut cedera parah sementara empat orang lain yang berumur lingkungan 22 hingga 29 tahun yang menaiki kereta Mazda tidak mengalami kecederaan.

Bapa kepada Nurul Nadia, Kolonel Baharizan Zainal Abidin, 55, berkata anak sulungnya itu yang patah kaki dan tangan serta mengalami pendarahan pada hati terkejut apabila mengetahui suami serta dua orang anaknya meninggal dunia.

"Semasa kami membawa kedua-dua jenazah anaknya ke wad kecemasan, anak saya yang masih berada dalam separuh sedar terlalu sedih dan tidak menyangka suami serta anak-anaknya telah meninggal dunia.

"Saya sebagai bapa menasihatkan dia supaya banyakkan bersabar dan menerima ketentuan Ilahi," katanya ketika ditemui pemberita selepas pengebumian itu.

Baharizan berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan anak, menantu serta kedua-dua cucunya ialah pada Aidiladha lalu dan mereka sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur minggu depan untuk berjumpa dengannya.
Beliau reda dengan pemergian menantu serta kedua-dua cucunya itu. - Bernama
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan