Sayu : Syurga tempat mu adik ku .. luahan sayu abang ... Noridah maut tersepit mesin tepung (5Gambar)

Johor Bharu : Noridah Nasir maut akibat tersepit dalam mesin pembancuh tepung di tempat kerjanya di Jalan Sri Wangi, Taman Perindustrian Desa Plentong, Bandar Baru Permas Jaya di sini, hari ini. 

Apa yang berlaku amat mengejutkan keluarga arwah, Abang arwah Hajis Nazir melalui laman sosial reda dengan kententuan yang maha esa apa yang menimpa arwah adik nya, adik nya meninggalkan keluarga dengan tragedi yang amat tragis.



Mengikut sumber arwah masih bujang merupakan seorang anak yang baik dan bertanggungjawab kepada keluarga.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Superintendan Sulaiman Salleh berkata kejadian berlaku pada 12.43 tengah hari ketika mangsa yang dikenali sebagai Noridah Nazir, 42, sedang melakukan kerja rutinnya sebagai penjaga mesin bancuh tepung itu,
Tangan kanan mangsa dipercayai termasuk ke dalam mesin bancuhan itu sehingga menyebabkan badannya juga tertarik ke dalam.
"Mangsa mati serta-merta di tempat kejadian dan polis tidak menjumpai apa-apa kesan yang menjurus kepada perbuatan jenayah," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.