Sayu : Selfie terakhir .. pergi nya gitaris hebat dihari jumaat yang mulai akibat kanser (6Gambar)

KUALA LUMPUR : Bekas pemain bes kumpulan Kasawari sekitar 1980-an iaitu Sharom Fadzillah Radzillah meninggal dunia akibat menghidapi kanser paru-paru tahap empat kira-kira pukul 11 pagi tadi.
Innallillahiwainnallillahirojiun.....Abang kasayangan kami sekaluarga Allahyarham Sharom Fadzillah Bin Razillah iaitu bekas Pemain Bass Kumpulan Kasawari & Kumpulan Lekir yg menderita penyakit Cancer Paru-paru tahap 4 telah meninggalkan kami untuk selamanya.Dihari jumaat yg mulia ini semuga Allah ampunkan dosa dosa dan dicucuri rahmat keatas rohnya dan ditempatkan bersama sama mereka yg solih.harap maklum pada semua saudara mara serta sahabat sahabat semua dan halalkanlah makan minumnya.... jika arwah pernah melakukan kesilapan maafkanlah dan jika ada berhutang sila jumpa kami.
Jenazah akan dimandikan dan dikapankan di Masjid Al Makmuriah Kayu Ara Damansara dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara
Al-Fatihah.... 







Menurut adik arwah iaitu penyanyi Ramziela, jenazah abangnya dibawa ke Masjid Al-Makmuriah, Kayu Ara, Damansara untuk  dimandikan dan disembahyangkan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara, Petaling Jaya.

Kasawari pernah dikenali menerusi lagu hit mereka seperti Bukan Milik Kita dan Biarpun Terpaksa pada lewat 1980-an dan awal 1990-an.

Post a Comment

[blogger]

MARI themes

Powered by Blogger.