Sayu : Selamat jalan sayang .. suami maut kereta dirempuh tinggalkan isteri sarat hamil (10Gambar)

Kemaman : Seorang lelaki maut apabila proton wira yang dipandunya dirempuh sebuah pacuan 4 roda jenis Nissan Navara di hadapan Am bank Kemaman malam tadi

Mengikut sumber Nissan Navara terbabit terbabas kerana pemandu nya memtenteramkan anak-anak nya yang bergaduh didalam kereta nya, ekoran dari itu pacuan 4 roda tersebut masuk laluan bertentangan lalu merempuh kereta yang dipandu mangsa.








Mangsa dikenali dengan nama Rosli Razak berkerja di Kencana Petroleum, mangsa mengalami cedera parah akibat rempuhan itu, jasad mangsa di hantar ke Hospital Kemaman.

Apa yang paling menyedihkan mangsa meninggal kan seorang isteri yang kini sarat mengandung, mangsa juga baru seminggu sewa rumah disekitar Kemaman.

Salam takziah disebabkan kecuaian orang lain orang lain menjadi mangsa- Al fatihah  

Info penuh di Sinar Harian :

KEMAMAN - Seorang suami maut manakala isterinya yang sedang hamil tiga bulan cedera selepas kereta yang dinaiki mereka dirempuh pacuan empat roda yang terbabas dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Kemalangan itu berlaku di Kilometer 152.9 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhadapan sebuah bank di Bandar Chukai ketika Mohammad Rosley Razak, 41, dan pasangannya itu, Amirul Hariana Mohd Sajiri, 24, dikatakan keluar rumah untuk makan malam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, nahas dipercayai terjadi selepas Nissan Navara dipandu seorang pengurus restoran, Chew Yee Ying, 31, secara tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh pokok bunga di pembahagi tengah jalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

"Sebaik memasuki laluan bertentangan, Nissan Navara itu bertembung secara berdepan dengan Proton Wira yang dinaiki Mohammad Rosley dan isterinya yang sedang menghala dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan.

"Berikutan itu, Mohammad Rosley yang juga pekerja swasta mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Isterinya pula alami kecederaan di dahi. Pemandu pacuan empat roda turut cedera di lutut dan kaki," katanya.