Sayu : Selamat jalan sahabat ku.. Ajal balik kolej, gadis maut kemalangan parah dikepala (5Gambar)

Chukai: Pelukan terakhir...saya hanya mampu melihat laily cedera parah dikepala akibat rempuhan itu,darah mengalir berhampiran motosikal kami, dalam hati ya Allah selamatkan lah laily, walaupun saya ketika itu juga cedera.

Dalam pada itu Harian metro melaporkan Penuntut Kolej Pendidikan dan Latihan Ranaco Bandar Baru Kijal maut apabila motosikal Yamaha Nouvo LC ditunggangnya merempuh belakang pacuan empat roda di Kilometer 130, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di sini, 12.30 tengah hari.
Mangsa,Nur Laily Roszeey  19, dari Cheras, Kuala Lumpur yang menunggang motosikal itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kemaman.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama rakannya, Nur Shafiqah Zulkifle, 19,dalam perjalanan dari Kampus Ranaco ke rumah sewanya di Kemasik.




Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa cuba memotong Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 57 tahun namun gagal sebelum melanggar bahagian belakang kenderaan itu.
"Mangsa bersama rakannya yang cedera dibawa ke Hospital Kemaman sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan manakala rakannya hanya luka di tangan.
"Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik hospital sama untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau membahayakan.
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment