Sayu : Saya TERKEJUT buka kotak dari isteri berisi BAJU bayi .. rupa nya ini lah maksud nya (4Gambar)

PETALING JAYA : Pelawak Shahrol Shiro memberitahu dia terpaksa berhadapan dengan masalah alahan dan mengidam gara-gara isterinya kini hamil lima bulan anak pertama mereka.

Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 31, berkata, dia mengalami alahan itu lebih sebulan sebelum mengetahui isterinya berbadan dua.

"Saya rasa diri saya pelik sangat kerana saya sering loya-loya hendak muntah, selepas itu teringin makan durian setiap masa.

"Walhal saya seorang yang tidak suka durian dari kecil, sehinggakan orang yang berbau durian pun saya tidak benarkan masuk kereta saya. Itu membuatkan saya terfikir mengapa saya tiba-tiba boleh makan durian. 

"Malah ketika ada persembahan di Bera, Pahang, saya minta rakan bawa masakan ikan patin masak tempoyak yang tidak pernah langsung saya makan sebelum ini," ujarnya kepada mStar Online.



Shahrol berkahwin dengan pengurusnya Nor Farhanah Syamimi, 26, pada 18 Mac lalu di Kluang Johor.

Sementara itu, Shahrol berkata, dia menerima berita tentang kehamilan itu selepas mendapat kejutan daripada isterinya ketika kandungan berusia tiga bulan.

"Isteri saya datang ke tempat kerja untuk buat kejutan dan meminta saya buka kotak hadiah yang dalamnya berisi baju-baju bayi. 

"Sudah tentu ia merupakan satu perasaan yang cukup indah yang tidak boleh digambarkan," ujarnya yang dijangka menimang cahaya mata pada Mac 2017.

Buat masa ini, isterinya berada di Johor bagi menguruskan beberapa perniagaan di sana.

Sebelum ini, Shahrol pernah berkahwin pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang anak, Muhd Adam Danish yang kini berusia lapan tahun.

Sementara itu, bercakap tentang perkembangan kerjaya, Shahrol berkata, dia baharu menamatkan kontrak sebagai penyampai di Era FM pada Oktober lalu dan masih mempertimbangkan tawaran untuk menyambung kerjaya berkenaan.

Katanya, dia kini sibuk dengan tanggungjawab baharunya sebagai Duta Majlis Belia Negeri Johor yang dilantik pada September lalu.

"Saya sudah tamat kontrak dengan Era Fm pada Oktober lalu, dan ada niat untuk meneruskan kerjaya itu tapi masih memperimbangkannya lagi.

"Buat masa sekarang saya mahu fokus merancang beberapa program untuk mengaktifkan belia di Johor," ujarnya. - MSTAR
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan