Sayu :Sakit misteri pulang dari Pelantar Minyak .. mengamuk dalam kereta bapa sebelum meninggal dijalan (5Gambar)

Pasir Puteh : Seorang ayah tergamam apabila anaknya tiba-tiba keluar dari kereta, berlari ke jalan raya, rebah dan meninggal dunia.
Kejadian itu ketika Che Noh Busu, 62, dari Kampung Permatang Sungkai, Bukit Abal, hendak membawa anaknya, Mohamad Fadzlee, 35, untuk mendapatkan rawatan, pada 11.30 pagi ini.
Che Noh menjelaskan, dia membawa anaknya ke klinik berikutan arwah suka menjerit dan bercakap seorang diri.



Bagaimanapun, katanya, arwah anaknya menjerit dan mengamuk sehinggakan menendang pintu kereta daripada dalam ketika dalam perjalanan berkenaan
Oleh itu, katanya, dia memberhentikan kenderaan dan keluar daripada kereta ekoran anaknya masih mengamuk.
“Beberapa minit kemudian, saya buka pintu kereta di sebelah penumpang depan. Arwah anak keluar, berlari di jalan dan rebah sebelum disahkan meninggal dunia.
"Beberapa hari lalu, saya lihat Fadzlee sering bercakap seorang diri selepas pulang dari kerja di pelantar minyak, Terengganu, 29 Oktober lalu. Sebelum ini, anak saya tidak pernah berkelakuan sedemikian.
"Bimbangkan kesihatannya, saya cadang bawa dia ke klinik bagi mendapatkan rawatan," katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik, Hospital Tengku Anis, hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superitendan Abdul Rozak Muhammad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada keluarga mangsadan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.