Sayu : Sakit dianu BONGKAR anak 8 tahun ini diperkosa anak pengasuh berusia 17 tahun

IPOH : Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang dihantar ke rumah pengasuhnya dipercayai telah diperkosa remaja lelaki berusia sekitar 17 tahun di sini, pada awal November lepas.

Difahamkan, remaja lelaki tersebut merupakan ahli keluarga pengasuh berkenaan dan insiden itu hanya diketahui oleh ibu kanak-kanak berkenaan pada awal bulan November ini. 

Menurut sumber, anak perempuannya itu telah pulang ke rumah ibunya dan memberitahu bahawa dia berasa sakit di bahagian kemaluannya.

Ibunya telah membawa anaknya berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan telah dinasihatkan membuat laporan polis. Difahamkan, kanak-kanak tersebut telah dihantar ke rumah pengasuh berkenaan sejak masih bayi dan berada di bawah jagaan pengasuh berkenaan ketika insiden itu berlaku. 

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan laporan berkenaan. "Pihak kami sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara ini, dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan" katanya kepada Astro AWANI
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan