Sayu :Remaja maut tragis putus kaki dan parah dikepala ..minat motosikal hingga akhir hayat (6Gambar)

BALING: Haziq maut ditempat kejadian akibat putus kaki dan parah dikepala, Haziq amat meminati motosikal jika dilihat gambar-gambar dilaman sosialnya motosikal EX5 milik nya setiasa bersama hingga akhir hayat.

Berita Harian melaporkan seorang pelajar sekolah menengah di sini maut apabila motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Kulim-Baling, berdekatan Kampung Binjul Luar, di sini, malam tadi. 




Dalam nahas kira-kira jam 12 malam itu, mangsa, Haziq Zahir, 16, dari Kampung Lubuk Pedati, dekat sini, dikatakan dalam perjalanan ke Sungai Petani untuk bermain futsal, sebelum terbabit kemalangan. 


Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusuf, berkata siasatan awal mendapati mangsa yang ketika itu berkonvoi bersama rakan cuba memotong sebuah kenderaan lain, namun gagal sebelum bertembung dengan kereta Mercedes Benz.

"Mangsa yang parah dan putus kaki kanan, meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Baling untuk bedah siasat. "Keadaan laluan yang gelap dipercayai menjadi antara punca kemalangan," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan