Sayu : Remaja maut malam HARI LAHIR jatuh motosikal dirempuh kereta .. info awal lumba HARAM ?

SERDANG : Amat tragis apa yang berlaku dia dijemput ajal malam hari lahir nya, namun punya sebenar kejadian tidak dapat dipastikan tetapi kawasan terbabit adalah lokasi remaja berkumpul dan test motosikal pada malam minggu atau dengan erti kata lain " LUMBA HARAM", namun ini masih disiasat oleh pihak berwajib.

Utusan Online pula melaporkan seorang lelaki maut manakala rakannya parah selepas motosikal yang ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan berhampiran kawasan rehat dan rawat Serdang di sini hari ini.




Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, mangsa, Ryan Hadrian Idris, 19, maut di tempat kejadian manakala rakannya cedera parah dan dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

Menurut sepupu mangsa yang enggan dikenali, mangsa dalam perjalanan ke Putrajaya dari arah Kuala Lumpur bagi menyambut hari lahir yang ke-19.

Bagaimanapun, semasa di tempat kejadian, motosikal mangsa mengalami masalah teknikal menyebabkannya terbabas dan jatuh di tengah jalan.

"Mangsa cuba bangun, tetapi dirempuh sebuah motosikal lain dari arah belakang. Kami menunggang motosikal berasingan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Post a Comment

[blogger]

MARI themes

Powered by Blogger.