Sayu : Remaja 17 tahun MAUT cedera di perut dan kepala DIBELASAH 10 rakan (3Gambar)

Alor Setar : Arwah baru nak pulihkan dirinya menjadi insan berguna, perbuatan nya sebelum ini masih dalam siasatan tapi dia kini maut dibelasah 10 rakan penghuni asrama tempat nya tinggal.
Penghuni pusat pemulihan akhlak di Pokok Sena maut dipercayai dipukul sekumpulan 10 penghuni lain, kelmarin.
Mangsa, Mohamad Shukri Kassim, 17, dimasukkan ke pusat pemulihan itu sejak 11 November lalu kerana masih dalam tahanan reman bagi bantu siasatan kes pecah rumah di Langkawi.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, mangsa disedari meninggal dunia oleh warden pusat itu apabila dia tidak bangun bagi menunaikan solat Subuh.
Katanya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan kecederaan di kepala serta perut dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.
"Berikutan itu pihak polis menahan 10 penghuni lain berusia antara 14 sehingga 17 tahun yang disyaki terbabit dengan kes berkenaan," katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.