Sayu : Pulang lah Aliaa .. di mana kamu kesian keluarga mu !!

BANGI : Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu dipercayai hilang selepas keluar dari kediaman keluarganya di Seksyen 1 Bandar Baru Bangi di sini sejak pagi tadi.
Kehilangan Aliaa Syafiqah Nazar, 13, disedari keluarganya selepas melihat remaja itu tiada di bilik tidurnya kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Ibu saudara mangsa, Norjuliani Nazar Nazari berkata, mereka sekeluarga bertindak mencari mangsa sebelum mendapati dia kali terakhir berada di Sekolah Menengah Sri Al- Amin di Sungai Tangkas di sini pada pukul 7.51 pagi menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).
Katanya, selain itu, mereka sekeluarga juga menemui satu beg milik mangsa yang ditinggalkan di sekolah tersebut.
“Dia (mangsa) memberitahu kami bahawa sekolah memberikan pelepasan cuti berikutan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sedang berlangsung dan kami sekeluarga terkejut sebaik mengetahui dia tiada di rumah pagi tadi.
“Selepas mengetahui Aliaa (mangsa) tiada di rumah ibu bapa serta ahli keluarga yang lain bertindak mencarinya sebelum kami pergi ke sekolah dan berdasarkan CCTV dia memasuki perkarangan sekolah pada pukul 5.11 pagi sebelum keluar pada pukul 7.51 pagi,” katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi sebentar tadi.
Menurut Norjuliani, mereka cuba menghubungi mangsa menerusi telefon bimbit, namun telefon itu dimatikan dan tiada sebarang khabar berkaitan mangsa sehingga kini.
“Kami sudah mencari Aliaa di rumah rakan dan saudara-mara namun hingga kini pelajar itu gagal dikesan,” ujarnya.
Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung Aliaa diminta menghubungi ahli keluarga mangsa di talian 018 662 4450, 018 510 6343 atau 019 653 6343. - K! ONLINE
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment